Friday, March 19, 2010

Puteri UMNO sesak

Malaysia panik, dasar negara Malaysia jugalah yang 'membuka' pintu kepada pekerja asing. Dasar negara kita jugalah yang memberi lesen kepada agensi-agensi dalam negera mengurusk 'kemasukan' pekerja asing ke negara kita.

Kini negara kita dilambakkan dengan pekerja asing yang datang daripada negara Asia Selatan India, Pakistan dan Bangladesh dan Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja, Vietnam serta negara-negara Afrika ke negara kita sebagai pekerja dalam sektor-sektor domestik seperti perladangan, perkilangan, industri, pelancongan dan sebagainya.

Kebanjiran warga asing yang berdaftar dan tidak berdaftar mencecah jutaan orang. Dianggarkan tahun 2009 sahaja lebih 3 juta pekerja asing di negara kita. Usaha kawalan pemantauan oleh agensi penguatkuasa kita dikira 'tidak menang tangan' kerana jumlahnya yang terlalu ramai. Di samping oleh faktor-faktor rasuah, politik dan sebagainya yang menjadi kekangan petugas atau penjawat awam ini mahu melaksanakan tugas mereka.

Justeru, hari ini hasil pendedahan media dan jumlah remaja kita yang 'terperangkap' dan mabuk cinta, ramai mereka yang bernikah dengan pemuda warga asing. Ada yang bahagia dan ada sebaliknya.

Hasil pendedahan dan laporan 'hitam' pihak media, pemuda-pemuda warga asing ini dimangsakan. Dan kini pemuda dari Lombok menjadi sasaran kecaman Pergerakkan Puteri UMNO. Apa alasan kurang jelas ? tetapi pemuda Lombok dilarang oleh Puteri UMNO daripada mendekati gadis-gadis Malaysia.

Kenapa dan mengapa negara dipanikkan oleh isu ini ?

Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama

No comments: