Saturday, March 20, 2010

Lagi Bajet RM1 juta untuk pelajar miskin ?

Niat kerajaan adalah niat baik, janji kerajaan adalah janji yang baik. Apa tidaknya, hari ini sahaja peruntukan RM1juta. PM menjanjikan duit sejumlah itu bagi membantu pelajar miskin. Termasuklah pelajar bukan Melayu 'agak'nya. Kerana peruntukan masa ini semuanya menjuruskan 1Malaysia.

****************************************************
Kerajaan hari ini menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Budiman Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk membantu para pelajar miskin di seluruh negara. Sumbangan berupa cek diserahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengerusi yayasan, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pada satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut Najib, ia merupakan janji kerajaan untuk membantu kira-kira 5,000 pelajar miskin setiap tahun.

"Yayasan Budiman (UiTM) akan hantar orang ke luar bandar cari pelajar miskin yang terdesak.

"Kalau berusaha lagi (cari), kita akan tambah bantuan jika tidak mencukupi," kata beliau semasa majlis berkenaan.

Majlis penyampaian sumbangan itu adalah susulan pengumuman Najib ketika merasmikan Kampus UiTM Puncak Alam Fasa Pertama di Shah Alam pada 12 Februari lalu.

Perdana Menteri turut berjanji akan menambah peruntukan RM2 juta jika yayasan itu berjaya mencari dana sebanyak RM2 juta lagi bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Dalam ucapannya pada perasmian kampus itu, beliau berkata, UiTM telah membuktikan pelajar Melayu dan bumiputera tidak malas serta bukannya tidak pandai, malah boleh dididik untuk menjadi insan terpelajar dan mulia.

No comments: