| KAJIAN DAN PERSEMPADANAN SEMULA | |
Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan. Setiap bahagian pilihan raya harus mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal pasti. Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara. Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.  |          |
| TEMPOH KAJIAN SEMULA | |
Suruhanjaya Pilihan Raya dibenarkan menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8 tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu. Setiap kajian semula mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula. Lazimnya, urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.  |          |
| PRINSIP-PRINSIP PERSEMPADANAN SEMULA | |
|   Dalam menjalankan persempadanan                semula bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya                mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga                Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip ini adalah seperti                yang berikut:-  |          |
|   i  |              Di samping memberi perhatian terhadap                mustahaknya pemilih-pemilih diberi peluang-peluang kemudahan yang                berpatutan untuk mengundi, sempadan bahagian-bahagian pilihan raya                tidak harus memasuki sempadan-sempadan Negeri dan sempadan bahagian-bahagian                pilihan raya Negeri tidak harus memasuki sempadan bahagian-bahagian                pilihan raya Persekutuan;  |          
|   ii  |              Perhatian harus juga diberi kepada                kemudahan-kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian-bahagian                pilihan raya itu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi                pendaftaran dan semasa mengundi;  |          
|   iii  |              Bilangan pemilih di dalam tiap-tiap                satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang                sama banyaknya kecuali bagi bahagian-bahagian pilihan raya di luar                bandar di mana keluasan bahagian patut diberi pertimbangan memandangkan                kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih-pemilih                dalam daerah-daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi;                dan  |          
|   iv  |              Perhatian juga patut diberi kepada kesulitan-kesulitan                yang akan timbul dengan perubahan-perubahan bahagian-bahagian pilihan                raya dan juga memelihara hubungan setempat.  |          
| * Asas Penentuan Pemilih Bagi Satu Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri | |
| PROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN | |
|   Laporan Kajian Semula Persempadanan dengan                syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan                Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan                dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta,                serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama                satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.  |          |
|   Proses persempadanan bermula dengan arahan                oleh Ibu Pejabat SPR kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri                mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian                Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang                ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai                tempat pengumuman pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan.                Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya                kajian semula persempadanan sebelum ini.  |          |
|   Suruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan                untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari                mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan                100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya                yang terlibat dengan kajian tersebut.  |          |
|   Sebaik sahaja selesai siasatan berkenaan,                sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan                semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak                perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.  |          |
|   Cadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan                kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi                mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru                hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.  |          |
| Info Penting @ Tahukah Anda? * Tambahan Bilangan Kerusi Hasil Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Semenanjung, Sabah dan Sarawak. * Bilangan Bahagian Pilihan Raya Mengikut Negeri 2009.  | |
Sunday, March 07, 2010
Info Persempadanan Semula oleh SPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment