Wednesday, February 03, 2010

Ku Li : Rakyat Kelantan juga adakah dia salah ?

Tahap menyampah Ku Li kepada UMNO terpapar jelas. Kali ini Ku Li naik pentas sekali lagi bersama PAS. Kali ini sebagai seorang rakyat Malaysia anak kelahiran Kelantan. Selain itu, sbagai orang yang bertanggungjawab penuh mengurus Petronas dan mengembangnya dan Petronas menjadi gergasi lubuk duit kepada kerajaan. Jasa ini adalah bukanlah jasa yang kecil. bagi sesiapa yang ada dalam kerajaan rasa bangga terhadap Petronas, jayanya Petronas bilamana dipimpin oleh anak bangsa sendiri. dan kini Petronas terus berdiri gagah, penerusannya diteruskan oleh pimpinan CEO sedia ada muda-muda setia belaka dengannya.

Oleh itu, dalam politik negara juga turut berkembang pasang surut. Kesetian Ku Li bersama-sama UMNO tetap membara. Di samping beliau juga ada mempunyai cita-cita politiknya. Sehinggalah perebutannya dalam UMNO ke jawatan Presiden mempertemukan beliau dengan Dr M. Akhir perhitungan beliau kalah. UMNO disaman dan berjaya olehnya. UMNO diharamkan. Beliau kekal dalam UMNO dengan membentuk Semangat 46. Bertanding pilihanraya lawan kembali UMNO baru.

Hasil persepakatan itu beliau bersama PAS membentuk APU (angkatan Perpaduan Ummah). Gagal beliau bersama PAS. Bertindak membubar S46 masuk UMNO selepas 'dijanjikan' oleh UMNO Dr M. Akhir beliau ditipu. Kekal sampai sekarang dengan UMNO. Tetapi UMNO bebas begitu.

Justeru pada hari ini beliau bersama PAS berbaik dengan PAS Kelantan, sanggup memperjelaskan isu tuntutan royalti minyak kepada kerajaan Malaysia. Bukannya menutut bayaran drp Petronas. Ini kena dibedankan dan difahamkan. adakah itu salah ?
















SHAH ALAM – UMNO bebas mengambil apa sahaja tindakan yang mereka ingin terhadap saya,” kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, beliau tidak gentar terhadap desakan sesetengah pihak dalam parti itu yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan mendapat royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu bukan berkaitan dengan beliau, tetapi membabitkan ketetapan undang-undang mengenai royalti minyak dan hak Kelantan dan Terengganu.

“Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata melalui Astro Awani, semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketika menjadi Pengerusi Petronas, beliau menggubal akta, merangka undang-undang dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Beliau mahu memastikan negeri-negeri yang miskin di Semenanjung mendapat faedah dari minyak yang diperoleh di luar pesisir,” katanya.

Tengku Razaleigh, yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, UMNO tetap akan berhadapan dengan undang-undang negara dan rakyat, walaupun parti itu mengambil tindakan tegas ke atasnya.

Katanya, tindakannya menyokong Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan bukan wang ihsan, berdasarkan undang-undang.

Kontroversi royalti minyak Kelantan tercetus apabila Kerajaan :Kelantan menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Bagaimanapun, Kerajaan Pusat memutuskan memberi wang ihsan RM 20 juta.

:Selepas itu, Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa perundingan wang ihsan bagi membincangkan sebarang pandangan berhubung tindakan yang perlu dilakukan dengan wang ihsan yang akan disalurkan ke Kelantan kelak.

Namun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

Isu royalti minyak Kelantan menjadi semakin hangat apabila Tengku Razaleigh bercakap di hadapan 40,000 orang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan menyokong Kerajaan Kelantan dalam tuntutannya.

Tindakan Tengku Razaleigh itu membangkitkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli parti UMNO, setengahnya marah dengan tindakannya itu.

Ada yang menuduh Tengku Razaleigh mempunyai agenda politik tersendiri dengan mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang dan ada yang mendesak beliau dikenakan tindakan disiplin.

Kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO Kelantan tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan seperti itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, hanya Majlis Tertinggi UMNO yang layak berbuat demikian.

Mustapa baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan mulai Mac ini kepada Kelantan. Jumlah itu adalah lim a peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

No comments: