Saturday, January 09, 2010

Tasek Paya Bungor yang memalukan

Gambar 3: lagi kemudahan asas tasek Paya Bungor Kuantan dihuni hantu

Gambar 2:Kemudahan Wakaf di Tasek Reaksi Paya Bungor


Gambar 1: Pusat reaksi Tasek Paya Bungor ditumbuhi semak samun

KUANTAN: Jalan lama Maran Kuantan terletak Pusat Reaksi tersohor negeri Pahang iaitu tasek Paya Bungor yang sebaris dengan tasek lagenda Cini dan Tasek Bera antara tasek semulajadi bagi negeri Pahang.

Seandainya tasek-tasek ini dibangukan dan diurus tadbir dengan baik Pahang mungkin tersenarai sebagai destinasi econ pelancongan yang terhebat.

Para tetamu yang mahu ke Kuantan boleh bandingkan Tasek Paya Bungor dengan Gambang Water Park yang kini dibangunkan oleh sekumpulan Naga kumpulan ahli niaga.

Hasilnya Gambang water park kini yang rancak dalam proses pembangunan telah berjaya menarik ribuan rakyat ke lokasi baru ini.

Saban minggu dan setiap hujung minggu orang amat tertarik dan berminat ke Gambang water Park. Mereka tidka takut berbelanja di sana. walhal lokasi Gambang dan Tasek Paya Bungor hampir sama serta dekat sahaja.

Inilah mahu disalahkan pada siapa? Lihat sahaja Melaka Ali Rustam dan kunco-konconya membangunkan sektor perlancongan negeri dengan hebat serta bersungguh-sungguh. Pahang teramat sayang terlalu banyak potensi pelancongan yang boleh digarap sebaik-baiknya, tetapi UMNO bawah dato Adnan Yakob gagal. Apakah mungkin dia seorang guru...?

No comments: