Friday, January 01, 2010

PAS kekal bersama Pakatan Rakyat


Temerloh: PAS serius setia dan kekal bersama-sama memperjuangkan keutuhan Pakatan Rakyat, dan PAS berjanji tidak akan mengkhianati serta menikam sahabat se Pakatan Rakyat daripada belakang. Demikian penegasan terbuka Dr Mujahid semasa majlis Dailog bersama dengan masyarakat Tionghua dan India

YB Dr Mujahid Yusof Rawa ahli Parlimen Parit Buntar menjadi tetamu PAS Kawasan Temerloh. Dailog berkenaan diadakan disalah sebuah restoran di Bandar Lama Temerloh. Turut hadir adalah Pengerusi Kelab Penyokong PAS En Vincent Lee, YDP Temerloh Ust Rahim Latif, YB ADUN Semantan dan Mr Weo Chen Seow Pengerusi DAP Mentakab.

Beliau juga mendedahkan kepincangan demi kepincangan negara. Terbaru adalah manjadi bahan tertawa dunia bilamana enjin jet tercanggih dijual ke pasaran besi dunia iaitu di Argentina, GST (Gagau sauk Tarik) yang bakal membebankan rakyat di masa hadapan. Walaupun sebelum ini mana-mana individu yang berpendapatan RM3000 sebulan terkecuali membayar cukai, tetapi dengan perlaksanaan GST ia bakal terkena kepada semua orang hatta mereka yang berpendapatan minima 100 sebulan pun cukai ini tetap dikenakan secara tidak langsung melalui barang atau perkhidmatan yang digunakan.


No comments: