Monday, December 07, 2009

BAJET 2010 PAHANG TIDAK SAH ?



Mengejutkan dan cukup memalukan , Bajet 2010 kerajaan negeri Pahang yang diluluskan tempoh hari semasa persidangan DUN pada 13 -21hb November telah pun diluluskan.
Masalahnya adalah Buku Ucapan Bajet 2010 diletakkan tarikh penyediaan adalah pada tarikh tahun lepas oleh dua pegawai yang betugas, dan tanpa disedari DUN telah meluluskan Bajet tersebut.

Hal ini cuma disedari oleh YB Choong Siew Onn ADUN Tras yang memaklumkan kepada perkara ini kepada beberapa MP Parlimen Pakatan Rakyat. Dan setelah diteliti dan disahkan oleh Urusetia Dewan Rakyat sendiri ia melanggar tatacara prosedur kerajaan negeri. dan paling besar Bajet 2010 ini adalah tidak sah.

Menurut pandangan pakar kewangan DUN kena dipanggil sekali lagi bagi memperbetulkan keadaan demikian.

Penjelasan kepincangan ini didedahkan oleh YB Azan Ismail MP Indera Mahkota yang mengulas isu ekonomi Pahang semasa sesi perbentangan Seminar Masa Depan Ekonomi Pahang Dalam Gagasan Pakatan Rakyat. Seminar ini dianjurkan oleh Badan perhubungan PAS Pahang di Hotel Seri Malaysia Kuantan.

Seminar sehari suntuk itu dihadiri oleh kalangan pelbagai lapisan masyarakat terdiri para golongan profesional, NGO dan rakan komponen Pakatan Rakyat.Majlis tersebut dirasmikan oleh Dato Paduka Husam Musa, exco kerajaan negeri Kelantan.

No comments: