Tuesday, November 24, 2009

Gagal juga SPR akhirnya

SPR gagal tangguh kosong kerusi DUN

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini, semalam menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong, minggu lalu.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan, tiada sebab penangguhan tersebut setelah bersetuju dengan pandangan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail bahawa SPR gagal menunjukkan keadaan khas/ istimewa untuk membolehkan penangguhan itu dibenarkan.

Alizatul berkata, faktor kewangan yang dihujahkan wakil SPR, Peguam Kanan Datuk Kamaluddin Md Said bukanlah suatu keadaan yang istimewa mahupun luar biasa kerana sememangnya SPR bertanggungjawab menguruskan pilihan raya.

Pada 16 November lalu, beliau mengisytiharkan kerusi di DUN itu kosong selepas penyandangnya, Datuk Abu Hasan Sarif hilang kelayakan sebagai DUN dan bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan setelah tidak hadir sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

- Dapatkan berita penuh di Sinar Harian hari ini.

No comments: