Adalah sesuatu yang biasa bagi negara Malaysia, iaitu harga minyak dinaikkan. Namun kali ini pengumuman tersebut 'awal' dibuat iaitu kira-kira dua bulan terdahulu. Ini adalah strategi baru kerajaan Najib sesudah mereka 'menyingkirkan' si Shahrir samad kerana mengundurkan diri dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan kerajaan baru Najib.
Impaknya awal, rakyat tidak dikejutkan sangat, cuma harapan rakyat tidak dinaikkan. Dengan penghadiahan terbaru kerajaan Malaysia, inilah rakyat didahulukan bagi membantu dan mebangunkan negara. pencapaian adalah milik menteri dan taikun-taikun UMNO dan kroni kerabat mereka dengan melahap dan membaham wang negara melalui 'wang ihsan' seperti dalam kes PKFZ yang melibatkan RM10billion.
Dalam kes ini Penguam Negara senyap, dan SPRM tidak berbunyi langsung. Sikap ketelusan dan tindakan SPRM memantau semua 'kes' secara ter[erinci termasuk menyoal siasat Teong Benc Hocak sehingga beliau ditemui mati di bangunan SPRM , tidak kecapaian tindakan mereka dalam kes ini.
Inilah kerajaan 1-Malaysia Najib iaitu rakyat dipakat dan diajak bersama-sama berkongsi masalah negara konon. Duit dan kekayaan negara mereka dahulukan.
Semepena bulan mulia ini, semua rakyat Malaysia diajak berfikir jangan tunggu negara kita hancur dan sehancur-hancurnya barulah semua orang mahu bertindak. Kepada kakitangan kerajaan fikir-fikirkanlah. jangan ditipu berkali-kali, atau terbuai sokmo dengan janji-janji bonus itu dan ini.
No comments:
Post a Comment