Friday, September 11, 2009

Betullah tu UMNO parti Islam

Baguslah Najib kata UMNo adalah parti Islam juga. Parti Islam tidak payah label labelkan. Dah yang dia buat projek dengan congankata "Ini Projek BN". Kita bukan mahu merebut label Islam. Kita mahu rebut dan lumbakan apa yang Islam suruh tu.

Macam mana orang kaya yang kufur. Katanya kemiskinan hampir kepada kekufuran. Biasanya kita lihat dalam negara ini yang kufur rata-rata adalah orang kaya. Sebab kuat dia, sihat dia, banyak duit dia, penyakit kronik tidak ada pada orang miskin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara .

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,"

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

1 comment:

Yusoff bin Ishak said...

Aima PAS waimma UMNO, kedua2nya hanyalah parti orang Islam. Toksahlah pas nak kat parti dia Islam...orang kafir pun dah nak dibenarkan jadi ahli..

Lagi satu, kata Nik Aziz, UMNO tu Islam plastik, pas islam apa yer?

Berani tak orang PAS jangan mengaku orang UMNO sedara Islam depa? Sebab asyik dok kata Islam depa jer yang betul...dah macam golongan wahabi/khawarij la plak PAS ni..ataupun memang golongan itu?