Sunday, August 02, 2009

PKR mahukan DUN Pematang Pasir ?

Benar atau tidak, samada mainan media atau tidak adalah bukan soalnya. Terkini penasihat PKR yang tersohor Anwar Ibrahim diberitakan berminat dan mahukan kerusi DUN Permatang Pasir. Walau apa pun agenda Anwar, tawaran dan kemahuan akar umbi PKR dilihat dan dilayani akan mengundang masalah dan padah. Permainan politik seperti ini kurang sihat, walaupun mahu menguji kematangan berpolitik kalangan pengikut bawahan ia akan undang perpecahan.


Ujian dan kesabaran PAS Pulau Pinang adalah cukup lantang , mereka suarakan ketidakpuasan mereka tempoh hari dalam muktamar PAS. Sesak nafas dibuatnya pimpinan PAS. kali ini dahlah satu kerusi yang dimenangi PAS mahu PKR sambar ini sudah teramat keterlaluan.


Permatang Pasir: Anwar akui akar umbi mahu PKR letak calon

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin dan ahlinya mencadangkan parti itu meletakkan calon mereka untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tradisinya milik Pas. Beliau berkata, cadangan yang disampaikan melalui Badan Perhubungan Negeri itu dibuat kerana beranggapan jentera parti itu di kawasan kubu kuat Pas berkenaan cukup mantap dan mempunyai prestasi baik. "Memandangkan ada permintaan ini, saya akan membawanya ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat yang bakal membincangkan mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir termasuk hal berkaitan calon," katanya di sini, petang tadi.

No comments: