Suhakam adalah badan yang berkecuali, berperanan sebagai penyelesai masalah dan pendamai perkara yang mahu didamaikan. Apakah yang ada dalam fikiran seorang menteri tidak lebih berfikiran berotakkan seperti seorang bertaraf pemikiran JKKK yang mengawal kampung sahaja. Inilah merit menteri UMNO. Apa yang ada dalam 'kepala' dia adalah UMNO mesti menang, UMNO mesti benar, malah segala-galanya adalah UMNO. jika boleh beliau mahu UMNO hidup selama-lama memimpin dan menerajui Malaysia.
Rakyat Malaysia kita seru jangan terlalu berterima kasih kepada UMNO. Ambil ibarat cerita Islam yang tersohor, bagaimana Khalid Al Walid selepas memeluk Islam beliau diangkat memimpin dan menjadi Panglima Perang/ Ketua Turus ATM Islam di Mecca, semua peperangan dikepalali Khalid, semua peperangan tersebut menang dengan cemerlang, malah gemilang dan terbilang lagi, tetapi Khlifah Amirul Mukmin waktu itu bertindak 'mengugurkan' beliau dari jawatan tersebut, dalam beliau megah disanjung menang dan menang peperangan diganti dengan panglima perang lain.
Moral ceritanya jangan kita memberi lama UMNO memerintah, nanti kita akan diminta berterima kasih kepada UMNO, berterhutang budi dengan UMNO dan banyak ber-ber yang lain yang menyusahkan kita. Sila gantikan UMNo dengan parti yang lain , masa dan waktu inilah yang paling sesuai. Bagi semua yang ada di muka bumi ini tidak akan dikatakan datang dari UMNO tetapi tahulah bahawa ia adalah hak Allah. Matikan dan hentikan khurafat besar, semua rezeki, semua biasiswa, semua ke mecca kerana UMNO, hentikan hentikan ini khurafat besar.
BERITA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.
Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.
"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.
"Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.
Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.
Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.
"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.
"Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya.
Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.
Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.
"Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam," tambah Nazri.
Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.
Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.
Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.
No comments:
Post a Comment