Saturday, July 04, 2009

Apalah ada sangat dengan KUASA ?

UMNO diberi modal 'percuma'. Sebabnya perkara yang tidak terancang berlaku serentak. Kes DAP keluar daripada Pakatan Rakyat secara mendadak dan mengejut. Kedua orang India di Kg Kuala Pala Penang marahkan kerajaan pimpinan DAP kerana menghalau mereka yang duduk di sana hampir 100 tahun.

Yang tersepit adalah DAP. PAS Kedah menjalankan kerjanya urustadbir dengan memberi beberapa cadangan pilihan agar pusat penyembilahan babi dipindahkan ke tempat lain jangan ditengah bandar Alor Star. Kawasan itu adalah berdekatan dengan gerai makanan, kawasan perniagaan, hatta Cina yang ada dekat pusat penyembelihan itu sendiri pun bersetuju.

Di kirakan memang Cina pusat penyembilahan itu terus mendapatkan simpati dan mencari sokongan DAP dan pemimpin DAP bagi mempertahankan pusat penyembihan itu dirobohkan. Cina DAP Kedah yang tidak seberapa ramai itupun terus bermesyuarat mengeluarkan kenyataan mereka 'bersatu' untuk keluar daripada Pakatan Rakyat Negeri Kedah kerana 'kedegilan' PAS merobohkan tempat tersebut. Kini jelas DAP terlalu menjaga orang Cina tanpa memikirkan perasaan hormat kepada PAS.

Berbanding PAS di P Pinang yang 'cukup bersabar kerana kedudukan 1 kerusi macam Kedah sahaja, diam membisu dan menurut dan ikut sahaja dasar-dasar DAP. Kita PAS di P Pinang tidka pula bertindak keluar daripada Pakatan kerana banyak gara-gara DAP menguris perasaan semasa mentadbir P Pinang. Di sini pula DAP tidak langsung menghormati PAS.Jika dibuat survey ramai ahli-ahli penyokong PAS marahkan PAS, bukan marahkan DAP kerana terlalu berlembut di P Pinang. Dan pimpinan PAS P Pinang tidaklah pula isytihar mahu keluar Pakatan gara-gara perlakuan DAP. PAS tetap bersabar dan menjaga persepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, jika kita kecundang PRU 13, tanggungjawab dan kesalahan besar gagal itu hendaklah diletakkan ke atas DAP. Melihat gelagat DAP ini kita PAS kena beralih mencari sokongan MCA atau Gerakan , kita kena kuat memancing mereka selain kita memperkasakan Kelab Penyokong PAS (KPP). Justeru KPP ini dapat kita peranankan agar dasar-dasar PAS dapat diperjelaskan kepada kaum Cina dengan sejelas-jelas dan jangan terlalu ditakutkan.

Kini bukan masalah dasar tetapi adalah masalah mencari makan dan tempat cari makan. Tegas di sini biarlah kita rugi sedikit tetapi ia akan diingati ramai dan memberi amaran kepada rakan-rakan PAS bukanlah parti Pak Turut. Kita rela tiada kuasa, kerana ALlah berikan kuasa bersama Islam mahukan kita makmurkan bumi, bersikap saksama kepada semua, tanpa mengira agama bangsa.

PAS Kedah syabas, kita bertegas ikut peraturan dan keputusan baik yang kita pilih. Biarlah kita hilang kuasa, tetapi kita tidka hilang keyakinan para pengundi. Keikhlasan dan kerjabuat kita bukan manusia sahaj menilai. Nilai manusia bersifat smeentara di mana mereka menilai atas kepentinagn mereka yang sementara. Penilaian ALLah SWT lah yang kita kejari dan impikan . teruskan PAS Kedah. Kami bersama-sama anda.

Pentadbiran DAP, PKR dan Pas lebih baik daripada BN?

KERANA 'masalah babi,' DAP mengisytihar keluar daripada kerajaan pakatan pembangkang negeri Kedah.

Kerana gagal menyelamatkan Kampung Buah Pala daripada diambil alih oleh pihak pemaju, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta letak jawatan dan balik ke Melaka.

Inilah senario kemelut politik pakatan pembangkang di utara tanah air.

Kini tidak boleh disembunyikan bahawa di Kedah, DAP dan Pas bergaduh kerana babi.

Di Pulau Pinang, hubungan antara DAP dan PKR sedang bergelora berikutan penyingkiran Johari Kassim, wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Orang Hindraf Pulau Pinang pun sudah marah dengan DAP. Yang peliknya, kira-kira 200 penduduk Kampung Buah Pala yang dikatakan anggota pertubuhan haram Hindraf itu boleh membuat pelbagai tuntutan.

Kini mula terdedah tembelang pakatan DAP, PKR dan Pas. Apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihan raya umum 15 bulan lalu ibarat menabur janji kosong.

Pentadbiran negeri Kedah dan Pulau Pinang nampaknya tidak terurus dengan lancar. Kepincangan mula terserlah. Kerjasama untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang akan menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) hanya cakap kosong.

Ini semua akibat kepura-puraan dan tiada keikhlasan sebenar dalam pakatan pembangkang. Imej pakatan pembangkang sebagai gabungan parti yang memperjuangkan untuk semua kaum hanya sedap didengar tetapi hakikatnya hala tujunya memeningkan kepala rakyat.

DAP, PKR dan Pas mempunyai impian yang berlainan. Dalam pilihan raya sebelum ini pun kita dapat melihat pakatan yang mengguna nama Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat berusaha untuk menunjukkan mereka boleh bersatu tetapi ternyata palsu.

Matlamat dan idealisme parti masing-masing jauh berbeza.

Sindrom menyalahkan pihak lain dan penafian keretakan berlaku dalam pakatan pembangkang bukan suatu yang baru.

Lihatlah gelagat Guan Eng menyalahkan kerajaan sebelum ini dan memberi amaran kepada pemaju yang mengarah penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan tanah di sana.

Kerajaan negeri BN sebelum ini pun banyak berhadapan dengan masalah membabitkan kampung setinggan tapi tidaklah sampai hendak ugut atau cari salah pihak lain.

DAP Kedah pula membelitkan kata-kata menggesa rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam kes pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya, Alor Setar, parti itu pula cuba membela pihak yang melanggar undang-undang.

Tindakan itu jelas mencerminkan sikap hipokrit para pemimpin politik pembangkang dalam menangani kemelut.

Unsur-unsur menyalahkan pihak lain akan jadi mainan pakatan pembangkang selagi pemimpin DAP, PKR dan Pas hanya menjaga kepentingan, kedudukan, pangkat dan status semata-mata.

Sebab itu jika diperhatikan, jalan mudah bagi gabungan pembangkang apabila tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat adalah dengan menyalahkan BN.

Menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu memang jalan paling mudah tetapi bukan bermakna pakatan pembangkang boleh melepaskan diri.

Kalau benar kerajaan BN buat silap, tidak mampukah kerajaan campuran pakatan pembangkang membetulkannya?


No comments: