Thursday, June 11, 2009

Kami MENOLAK idea Kerajaan Perpaduan !

Semua pihak di dalam PAS kena mengambil sikap dan pendirian tentang kerajaan perpaduan. Presiden PAS tetap mahu meneruskan agenda perpaduan dengan UMNO. Walaupun idea tersebut mendapat bantahan keras daripada organ parti serta Mursyidul Am PAS.

Pertemuan tempoh hari pertemuan 8 mata di JKR 10 GAGAL menamatkan mencapai persefahaman konkrit tentang 'gagasan' perpaduan ini. Hari ini sekali lagi TGNA MB Kelantan menyatakan sikap nya secara jelas dan tegas bahawa Presiden PAS jangan mengheret jemaah dan PAS dalam agenda perpaduan. Titik.

Terkini perlantikan Mustafa Ali menambahkan lagi keyakinan kita bahawa idea kerajaan perpaduan dan PAS diheret. Ramai ahli bawah kini menampakkan 'kemarahan' mereka yang amat sangat. Kini kedudukan TGHH sbagai Presiden PAS dipersoalkan. Episod kerajaan perpaduan adalah kemelut yang akan membawa PAS dalam kemurungan. Ramai pihak tidak ceria, rakan pakatan mula was-was dan curiga dengan sikap PAS yang semakin 'lunak' dengan musuhnya UMNO.

Harakah hari gagal juga meredakan kemarahan ahli-ahli PAS. Sememangnya benar kami ahli bawahan taat dan akur dengan kepimpinan sebagai proses wala dengannya, tetapi kami juga berhak menyatakan sikap kami, ujar seorang veteran PAS berusia 75 tahun di Temerloh bila penulis temui bertanyakan pandangan tentang kerajaan perpaduan.

KAMI [ MTD KUALA SEMANTAN PARLIMEN TEMERLOH] MENYOKONG SEPENUHNYA DAN BERDIRI TEGUH DIBELAKANG TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA UMNO/BN.


Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.


"Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata, kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak Pas.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas, tapi orang tertentu dalam Pas, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. - Bernama

No comments: