Friday, May 15, 2009

UMNO+MCA+MIC= Masyarakat PecahBelah

Malang nya pemikiran seorang menteri berlatarbelakangkan undang-undang yang mempunyai pemikran orang kampung zaman 1970an, iaitu pra DEB. Setidak-tidak menteri inilah yang mendapat biasiswa dari kerajaan bagi melanjutkan pelajaran IPTA waktu itu.

Dalam kepala otak dia, DAP itu adalah 'terlalu Cina' nya atau Cina Totok berbanding Cina MCA kerana ia mirip kecina-cinaan sahaja. Begitulah juga apa yang diasuhkan kepada minda rakyat PAS itu terlalu Islam Pengganasnya, tetapi Melayu UMNO adalah sedikit kemelayu-layuan sahaja, dia tidak Melayu tetapi adalah Melayunya.

Justeru, dia takut sangat bila diadakan pilihanraya DUN Perak. Orang yang menyokong ikut polarisasi kaum akan terikut-ikut dengan pengaruh di atas. Iaitu jika mengundi PAS akan teruslah gadaikan Melayunya maka jadilah Kemelayuan sahaja. Begitu juga jika pengundi mengundi DAP ia akan jadi extrim Cina yang totok tanpa kompromi.

Gambaran Cina Melayu dan DAP PAS dan DAP vs UMNo serta DAP + PAS= Hancur negara. Adalah sifir kebudak-budakan serta berfikiran dangkal. Allah SWT tunjukkan bukti bilamana Ir Nizar diterima semua kaum di Perak. Pimpinan DAP Nga Kor Ming menghafal dan baca ayat al Quran, Begitu juga dengan Teng Chang Kim yang berceramah mengutuk UMNO adalah munafik(bapak pembohong). Balasubramaniam (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang) sudah boleh menghafal ayat-ayat suci al Quran. Semua itu adalah bukti bahawa kekenyalan fikiran UMNO termasuklah Bapak menteri mereka sebenarnya antara pendengki utama keharmonian kaum di negara kita. Apa yang penting adalah UMNO, MCA dan MIC adalah sebenar pemecahbelah kaum di Malaysia.





Krisis Perak: Pilihan raya akan wujudkan polarisasi kaum - Nazri

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecahbelahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Mesyuarat Agung CawanganCawangan Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Katanya pilihan raya negeri Perak juga hanya akan menyebabkan perbelanjaan besar duit rakyat kerana dianggarkan kos sebanyak RM40 juta diperlukan kerana membabitkan 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, katanya Umno tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya negeri Perak kerana yakin menang kerana Barisan Nasional kini mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan mempunyai sokongan tiga wakil rakyat Bebas.BERNAMA

No comments: