Friday, May 08, 2009

TPM: Lu Fikirlah Dulu

TPM kata pembangkang (Pakatan Rakyat) tidak hormati raja dan demokrasi. Tafsiran dan pandangan lawannya sememangnya begitu. TPM kembang semangkuk atau tumpang semangkuk adalah biasa dalam hidup. Media cuba mencari ruang dan memberi ruang membina imej beliau.

Tiada alasan dan hujah mantap, laporan biasa sahaja. Bagaimana perincian tak hormat raja, dan bagaiamana penafsirannya tidak menghormati demokrasi. Maknanya TPM yang berpengalaman luas ini yang paling senior dalam politik Malaysia, bercakap macam orang tidak berakal. Adalah lebih baik beliau tidak membuat komen atau komentar , ia lebih selamat dan menampakkan krediabeliti sebagai pimpinan pelapis bakal ganti Najib dalam masa terdekat.

Namun, beliau terlalu gopoh dan gelojoh macam telahan Pak Lah atau label Pak Lah kepada TPM yang tidak sabar-sabar itu. Langkahnya semakin lama semakin sumbang dan bakal jatuh terjelepok nanti.



Pembangkang tak hormat Raja, demokrasi: TPM


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang membuat kecoh di Dewan Undangan Negeri Perak semalam sebagai tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, dan sistem demokrasi negara.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri kelakuan Adun pembangkang terbabit yang jelas tidak menghormati kemuliaan Dewan.

"Ini pertama berlaku dalam sejarah negara. Saya bimbang dengan kelakuan mereka ini yang menjadi amalan pembangkang sekarang," katanya selepas merasmikan Pameran Koko Antarabangsa Malaysia di sini, petang tadi.


No comments: