Sunday, May 10, 2009

PRU 13: Harapan DPP Pas Pahang

Jerantut: Dewan Pemuda Pas Pahang sedang bermuktamar di KIAS Jerantut. Muktamar Tahunan kali ke 27 ini dirasmikan oleh Sdr Suhaizan Hayat Ecxo DPPP menggantikan perasmi asal YB Tn Hj Mahfoz Omar Ketua Penerangan PAS yang tidak dapat hadir.

Dalam ucap utama perasmi tersebut beliau menekankan penekana Pemuda dalam masyarakat supaya mereka memilih dan jadi lah pemimpin rakyat bukan sekadar pemimpin parti. Beliau mahu pemuda yang hadir pada hario ini larut dengan geraknadi rakyat.

Lebaih tercabar DPP Pahang beliau dedahkan hasil mesyuarat Pakatan Johor yang diyakini DAP katanya PRU 13 Johor akan 'tumbang' ke tangan Pakatan Rakyat. Mengikut logik Johor bukanlah bumi subur kelahiran para pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan dari segi sejarahnya. UMNO adalah kubu UMNO, negeri kelahiran Dato Onn sahaja pengasas UMNO. Berbanding Pahang bumi pejuang seperti Mat Kilau Tok Gajah, Tok Tangguk, Tok Langit, Dato Bahaman, Orang Kaya Semantan sebelumnya, dan Pak Sako yang menjadi kebanggan negeri dan rakyat Pahang.

Adakah tuan-tuan mahu didakwa kegagalan PR memerintah di pahang kerana PAS gagal dan kalah kerusinya berpunca daripada ketidakupayaan PAS menyumbang kerusi bagi membentuk kerajaan Pakatan Rakyat. Buktinya kata beliau, orang Melayu berpepatah sekali bah sekali pantai berubah, tetapi bagi Orang Cina dan India sekali bah mereka berubah terus dan seterusnya. Iulah alasana dan hujah beliau kali pertama DAP dan PKR yang meletakkan calon-calon diurban area menang dan menyapu bersih kerusi dalam negeri-negeri di Malaysia sebagi buktinya. Pada hal PAS adalah parti tersenior, bernpengalaman luas, ramai petugas gagal meraih semangat/

No comments: