Selepas Nabi mendapat kuasa selama 23 tahun Mekah jatuh ke tangan baginda. Jika ikutkan hati baginda, nabi tentulah bertindakbalas membalas dendam. Tetapi oleh kerana risalah Islam yang dibawanya, baginda tidak bertidak balas sebaliknya membalas kejahatan musuh dengan melalukan kebaikan, yang mana akhirnya manusia berbondong-bondong masuk Islam.
Nah , Inilah apa yang ditegur oleh Lim Kit Siang, bila mana DUN Selangor gantung elaun Khir Toyo. Kita termasuk ADUN PAS sendiri yang bersetuju membuat keputusan mengantungkan 'Khir termasuk elauan selama setahun, belum terlamabt untuk mengkaji 'kesilapan' tersebut. Tahniah dan syabas Lim demo amat hebat walaupun belum menerima Islam.
Kit Siang: DUN Selangor tak wajar gantung Khir Toyo
KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian.
Lim Kit Siang, tokoh veteran DAP berkata, DUN boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana ahli DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri.
"Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar.
Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (Adun Sungai Panjang) dan empat ahli DUN lain daripada Barisan Nasional (BN) didapati bersalah menghina dewan itu.
Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.
Siasatan itu ialah mengenai perbelanjaan dana agensi negeri, Balkis - Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor.
Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya.
Adun lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil). - Bernama
No comments:
Post a Comment