Wednesday, May 20, 2009

Lawan Islam ; Akhirnya akan lemah dan tamat riwayat

http://media1.malaysiakini.com/178/3535812c7015e13b391589072b396b19.gif

Sah UMNO semakin lemah. Nyatalah bahawa cara berfikir pimpinan mereka lesu. Sedangkan mereka adalah kerajaan parti yang memerintah, memiliki segalanya. Tiada mustahil bagi mereka untuk tidak berkata tidakMaka sahlah perubahan yang diingini UMNO semata-mata mereka mahu daripada zaman Pak Lah yang dihujahi mereka 'paling lemah' perlu diubah dan ditukar, kepada peralihan kepimpinan muda yang dinamis, menyerlah lagi terserlah nyata omongan semata-mata , sebenarnya mereka juga jauh lagi lemah daripada Pak Lah.

Rata-rata rakyat lihat UMNO BN lemah. Lemah meletakkan calon PRK Penanti, kerana 'adat' parti politik masuk dan pilih kaedah pilihanraya sebagai aktiviti partinya. Nah menolak untuk mereka menghantar calon sedangkan mereka parti memerintah, bayangkan.

Berilah apa alasan , ada asas kukuh ke, tiada berasas kukuh ke, atau apapun alasan. hakikatnya mereka lemah dan semkin menuju kepada kelemahan. Gambaran tiada kerjasama, tiada kata sepakat, tiada persepakatan atau tiada wehdatul fikr dalam pakatan mereka. Adalah sebagai tanda-tanda. Tetapi kita umat Islam , gerakan Islam, tidaklah suka akan atas perpecahan orang untuk diambil kesempatan. tetapi persepakatan ini adalah sekumpulan manusia yang bersetuju menolak Islam atau engkar serta tidak yakin dengan berhukumkan dengan hukum Islam. maka kita wajar berbangga atas perpecahan mereka itu. Maknanya musuh islam semakin lama semakin lemah.


BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya.

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka.

''Tiada pilihan raya pun kita sentiasa dibelasah oleh mereka (pembangkang)," ujarnya.

No comments: