Thursday, May 14, 2009

Kes Perak :Paling pelik






Lanchang: Pesuruhjaya Pas Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semalam berkata kes mahkamah isu Perak ibarat orang pening yang makan ubat semakin bertambah pening. Beliau mengulas bilamana Mahkamah Tinggi mengesahkan Ir Nizar Jamaluddin MB Perak yang sah. Proses perbicaraan tersebut mengmabil masa 3 bulan.

Namun, Zambr Kadir MB Perak yang haram bersama UMNO sebaliknya menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. Dan rayuannya diterima kurang lebih 3 jam. Dan beliau kembali sebagai MB Mahkamah Rayuan. Tambah beliau, adalah sesuatu yang pelik dan aneh, sepatutnya permasalahan kita yang kronik dan rumit bila hadapi jalan buntu, kes berkenaan di bawa ke muka pengadilan iaitu mahkamah, maka mahkamah putuskan apa yang diputuskan dengan pertimbangan hujah-hujah bersama-sama fakta tertentu.

Sebaliknya, fakta Nizar sah MB Perak melalui 3 point iaitu mesti dilucutkan jawatannya, bubar DUN , undi tidak percaya dalam DUN barulah sah Nizar. Tetapi point yang kukuh ini, boleh dirayu lagi dan berjaya dalam proses rayuannya dan 3 fakta tadi mahu UMNO pertikaikan. Pada hal mereka;ah yang bersetuju gubal dan ikuta kaedah itu, tetapi mereka enggan patuh.


Kedua, yang lebih pelik adalah tambah beliau, hantar usul memecat speaker kepada spekaer yang mahu dipecat. Inikan kartun namanya, mestilah secara logik sepeaker itu akan menolaknya. Di sambut dengan ketawa hadirin.

Majlis tersebut diadakan di Markas Ansar Cempaka Lanchang dalam keadaan hujan. Turut serta adalah EN Balasubramaniam, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang, YB Leong Ngah Ngah dan YDP Kawasan Temerloh Ust Abd Rahim Latif.

No comments: