Monday, May 18, 2009

Hindraf Parti Baru : Survival Kaum India di Malaysia

Demi kelangsungan survival politik kaum India di negara ini. Dilaporkan parti mewakili kaum India, bawah NGO Hindraf ingin menubuhkan satu lagi parti politik sah yang mana mampu menyalurkan suara hati nurani kaum India marhein yang dipinggirkan atau terpinggir oleh parti-parti kaum India sedia ada seperti MIC, PPP, IPF. Justeru, kita lihat dan nantikan apakah garisan utama agenda perjuangan mereka itu nanti.

Apa pun kita kena akui, kaum India di negara ini ketinggalan jauh berada peringkat paras kemiskinan, jauh ketinggalan dalam pendidikan. Mereka yang berjaya adalah hanya sekelompok sahaja , umpama UMNO yang mengkaya rayakan UMNOPutra sahaja, berbanding dengan Melayu lain, iaitu Melayu yang berlainan idelogi pemahaman dan agenda daripada agenda mereka.


Pemimpin Hindraf tubuh parti baru, diumum esok

PETALING JAYA: Selepas desas-desus lebih tiga bulan, pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan, mengesahkan penubuhan sebuah parti politik baru bagi mewakili masyarakat India negara ini.

Parti itu bakal dikenali sebagai Malaysia Makkal Sakthi.

Ia merupakan parti kedua didakwa mahu menjaga kepentingan masyarakat India diumumkan penubuhan dalam tempoh sebulan lalu.

Akhir bulan lalu penubuhan Barisan Tindakan Demokratik India Malaysia (Mindraf) diumumkan. Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran mengesahkan penubuhan parti Malaysia Makkal Sakthi.

"Kami akan umumkan secara rasmi di Petaling Jaya esok... Saya akan umumkan butirannya petang esok," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Beliau yang dijangka mengetuai parti itu turut mengesahkan sudah menyerahkan tanggungjawab menyelaras Hindraf kepada barisan kanan pemimpinnya.

"Pemimpin Hindraf yang sudah dibebaskan dari Kamunting akan meneruskan matlamat Hindraf dan saya akan menggerakkan platform politik yang sah di sisi undang-undang bagi wakili masyarakat India," katanya.

Spekulasi tentang penubuhan sebuah parti oleh pemimpin Hindraf sudah kedengaran sejak awal tahun ini.

Dua bulan lalu Thanenthiran pernah memaklumkan bahawa pihaknya sudah mengambil langkah untuk bergiat aktif dalam politik arus perdana selepas Hindraf diharamkan Oktober lalu.

Kelima-lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dibebaskan secara berperingkat sejak awal bulan lalu.

Nama parti Malaysia Makkal Sakthi juga sinonim dengan gerakkan Makkal Sakthi yang mengalih sokongan masyarakat India kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Kini masyarakat India mempunyai empat parti politik utama yang ditubuhkan khusus untuk mereka sertai secara langsung.

No comments: