Monday, May 18, 2009

Halal Haram dalam menyokong sesuatu

Semua manusia ada agama dan semua manusia beragama belaka. Di Malaysia rata-rata dan majoriti rakyatnya beragama, hanya segelintir sahaja yang tidak beragama. Agama besar rakyat Malaysia adalah agama Islam. Di dalam islam pula terdapat pelbagai disiplin ilmu, antaranya adalah ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu tafsir, ilmu hadis serta tasauf dan sebagainya.


Justeru itu, disiplin ilmu yang ada itu saling lengkap melengkapi. Oleh itu, soal WAJIB, HARAM, SUNAT, MAKRUH, DAN HARUN antara disiplin ilmu fekah yang perlu diterima pakai. Bagi umat Islam soal HARAM adalah sesuatu yang amat sensitif dalam kehidupan, kerana ia terpukul dari segi keislamanya. Dan amalannya , ia adalah sesuatu yang tercela dan cukup terhina, jika sesuatu yang haram itu dihalalkan.


Namun, dalam hal Perak, mahkamah telah memutuskan dengan sah bahawa MB WAJIB Perak adalah Ir Nizar Jamaluddin, tetapi Zambry Kadir secara terang dan nyata dia adalah MB Perak yang HARAM. Namun UMNO terus mengiakan dan mahukan beria-ia agar MB Perak yang haram itu kekal. UMNO cukup tidak terasa akan halal dan haramnya dalam berhukum akan kedudukan MB mereka itu.

Oleh itu, jelaslah mana satu yang WAJIB dan halal kita sokong dan haram lagi mengHARAM kita sokong. Maknanya soal haram halal dalam memberi sokongan adalah amat penting. Kerana ini adalah menyangkut soal ibadat atau taabut kita kepada ALlah.


No comments: