Sunday, May 10, 2009

Ceramah : YB Teng mencuit hati !!!



















Maran: YB Teng Chai Kim, ADUN Selat Kelang merangkap spekaer DUN Selangor kelmarin berucap dahulu mengiringi YB Nizar Jamaluddin berjaya mencuri tumpuan dengan kefasihan dan kepetahan berceramah di hadapan ribuan penyokong PAS rata-ratanya berbangsa Melayu serta beragama Islam.

Bidakan, bidalan, hujahan yang bersahaja kadang kala lucu menarik perhatian ramai sehingga mereka tidak berganjak daripada tempat duduk sejak jam 9 malam lagi. Antara cerita adalah UMNO yang MUNAFIK. Sebab katanya UMNO selalu bercakap tidak benar. Beliau menarik hadirin dengan membawa cerita tentang perisitiwa pembinaan Masjid KLIA yang bernilai berjuta-juta RM. Situasi ini berlaku dalam persidangan DUN Selangor. Teng bangun bertanya soalan bagaimana pembaziaran pembinaan masjid yang katanya tiada orang bersembahyang. Adalah kata beliau seorang dua tak padan dengan jutaan ringgit. Beliau akhir disanggah wakil UMNO yang menyatakan beliau sudah bersembahyang di Masjid KLIA berkenaan. Oleh kerana melihat Teng dibelasah begitu YB ADUN Bangi Dr Shafie bangun mencelah semasa itu, (dalam kes sembahyang) masjid KLIA belum siap dan dibuka lagi. Ini hujah Teng macam mana katanya UMNO menipu bersifat munafik cakap lain buat lain. Sambil disambut dengan ketawa hadirin memecah kesunyian malam.

Di samping itu sinis beliau satu ketika dulu Menteri Kesihatan 'sebar'kan senaman erotik melalui VCD kepada seluruh rakyat Malaysia(merujuk kes Chua Soi Lek). Tambah beliau lagi, Menteri Pertahanan pula 'menguji' senjata dengan mengembom 'manusia' inilah kerja menteri UMNO BN. Kemudian bila PM kita yang ada datang tambah Teng Najib ajak semua bomoh2 ke kediaman PM kerana takut hantu, belaiu mahu halaui hantu. Malang katanya hantu tidak mahu lari lagi kerana dia tidak faham, yang ada dijemput cuma bomoh hantu Melayu, bomoh hantu Cina, bomoh hantu India, tetapi katanya hantu mengamuk kerana dia adalah Hantu Monggolia'.


No comments: