Jika kita lihat sekali lagi Batang Ai, diketepikan BN tidak bersungguh menfokuskan. Batang Ai dijangkakan BN akan memang mudah. Tetapi segala-gala di Bkt Gantang.
Nga dakwa Nik Aziz kata tak salah baginya petik ayat Al-Quran
IPOH 7 April — Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini mendakwa kononnya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahunya bahawa beliau boleh memetik ayat Al-Quran walaupun beliau bukan beragama Islam.
“Tok guru Nik Aziz sendiri telah menjelaskan kepada saya bahawa memetik ayat Quran tidak bersalah,” katanya kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas bantahan umat Islam ekoran tindakannya membaca ayat Al-Quran dalam satu ucapan di Bukit Gantang baru-baru ini.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nga kerana disifatkan telah melampaui batas.
“Saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, cuba dihalang,” kata Nga. — Bernama
No comments:
Post a Comment