Wednesday, March 11, 2009

Islam adalah jawapan Melayu pupus atau tidak ?

Pupus atau tidak pupus sesuatu bagi orang beriman adalah dengan iradat ALLah. Jika Melayu pupus dimuka bumi ni pun kita tidak pelik, kerana bangsa tidak menjanjikan apa-apa, apalah hebat sangat dengan Melayu. Bangsa Melayu hebat kerana Islamnya, kerana Islam itulah menjadikan Kerajaan Melayu Melaka gemilang, kerana gemilang Melaka Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa lingua franca serantau.

Sifirnya yang mengangkat Melayu bukan kerana namanya Melayu, tetapi Islamnya. Lihat bangsa bangas besar dunia , seperti bangsa Monggol yang gagah hebat berperang berjaya takluk benua besar Timur Laut Asia, namun semuanya tinggal sejarah.

Janganlah kita bersedih dan bergundah gulana, membawa wirid melayu akan pupus di dunia ini. Lihat bangsa Arab Palestine, walaupun Israel bermacam-macam strategi dibuat mengusir, mengebom, merampas, meracun, memasukkan talibarut dalam bangsa Palestine, mereka tidak pupus. Jika tidak izinnya ALlah. Kalau ALlah izinkan maka sudah lama ia pupus.

............



Melayu mungkin Pupus ?

BANGI 10 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

"Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.

Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.

No comments: