Friday, March 27, 2009

Barisan maharaja Jib: Tunggu sahaja masanya ?

Sesetengah media , hatta sesetengah blog mengulas positif tentang pemilihan UMNO yang sudah selesai kelmarin. Kata mereka kemenangan Najib bersama Muhyiddin + Zahid , Hishamuddin dan Shafie,memberi imej serta tapak kuat yang baik, ini kerana imej dan watak ketiga-tiga tokoh Naib Presiden UMNO ini adalah bersih dan hebat. Tidak sahaja di mata ahli UMNO tetapi juga di mata rakyat. Inilah hakikatnya kata mereka.

Barisan hebat dan kuat yang dipimpin bawah Maharaja Jib selepas dinobatkan sebagai Presidn baru UMNO, kata mereka mampu mengugat Pakatan Pembangkang. Pusingan UMNO kembali bangkit kerana telah memberi imej bersih dan baru. Justeru mampukah Barisan ini membuktikan ? Masa sahaja akan menentukaknya ?




No comments: