Negara berkebajkan manifesto Pakatan Rakyat, kini antara sedar ke tidak sedar. BN UMno terpaksa akur dan mula berfikir juga selain daripada 'merompak' harta rakayat juga wajar berkebajikan kepada rakyat .
Nah inilah usaha terdekat yang cuba diolaksanakan dan apakah perlaksanaannya akan mencapai sasaran seperti yang disasarkan. Ini memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat ia wajar berbuat lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan waktu ini.
Dua skim tambang bas - Pastikan rakyat kurang mampu nikmati caj berpatutan – Najib
KUALA LUMPUR 28 Mei – Kerajaan akan memperkenalkan dua skim tambang pengangkutan awam terutama bas bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah dapat terus menikmati tambang pada kadar berpatutan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua skim yang akan diperkenalkan oleh kerajaan itu ialah skim tambang biasa dan skim tambang mewah.
“Prinsip yang akan kita gunakan ialah sekiranya khidmat pengangkutan awam itu digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi atau mewah, kerajaan tidak akan kawal tetapi akan menetapkan harga minimum.
‘‘Bagi sistem pengangkutan awam yang digunakan oleh golongan berpendapatan rendah, sistem dan tambang akan terus dikawal secara berterusan,” katanya.
Najib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sehingga 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi terutama diesel serta penyelenggaraan kenderaan.
Keputusan menaikkan tambang bas itu dicapai oleh 111 syarikat bas yang menganggotai PMBOA seperti terkandung di dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar bertarikh 10 April lalu.
Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali dalam sidang akhbarnya hari ini berkata, pihaknya berharap kenaikan itu berlaku pada minggu depan seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan pada Oktober tahun lalu.
Katanya, jika cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan, berkemungkinan banyak syarikat bas yang akan gulung tikar.
Najib menambah, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam akan datang.
No comments:
Post a Comment