Monday, April 28, 2008

Surat terbuka daripada Blogger kepada DSWA


Surat terbuka kepada DSWA
Dilulus terbit pada Monday, April 28 @ 06:22:39 MYT
"Yang berbahagia Datin Seri,Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan besar parti pimpinan DS dalam pilihanraya yang baru lalu. Disebabkan kemenangan yang besar itu mungkin DS menjadi sedikit lupa kepada kami yang merupakan ahli dan penyokong PAS.
Yang berbahagia Datin Seri,
Sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat, saya berpendapat DS seharusnya lebih banyak bercakap mengenai apa akan yang dilakukan JIKA Pakatan Rakyat dapat memerintah negara, bukan memberi komen samada praktikal atau tidak negara Islam diwujudkan. Soal kewujudan negara Islam serahkan kepada kami orang PAS, kami telah berjuang selama lebih 50 tahun tanpa dibantu oleh sesiapa dan Insyaallah kami tidak akan berhenti sehingga tertegaknya negara Islam atau kami mati kerananya. Jika kami tidak berjaya di dunia, Insyaallah kami akan berjaya di Akhirat.
Yang berbahagia Datin Seri,
Selaku orang Islam yang mengaku beriman, sepatutnya DS menjadi orang yang lebih bertanggungjawab kepada Islam itu sendiri, menjadi perantara kepada orang bukan Islam dengan penerangan apa itu Islam, bukan memberikan komen yang boleh memberikan tanggapan tidak baik kepada Islam.
Yang berbahagia Datin Seri,
Saya harap DS akan lebih berhati-hati dimasa hadapan dalam memberikan komen atau pendapat kerana DS sekarang bukanlah isteri kepada DSAI semata, tetapi selaku Ketua Pembangkang di Parlimen dan sesekali jangan DS memandang rendah kepada keutuhan dan kekuatan kami orang-orang PAS.
Sekian, semoga DS dan keluarga akan berada di bawah petunjuk Illahi selalu.Wassalam."

No comments: