Sunday, April 13, 2008

Dia faham sendiri pulok tu ?

Menteri Penerangan akan arah Selangor FM keluar dari Bangunan SSAAS Cetak E-mail
Oleh Bernama
Ahad, 13 April 2008

NILAI: Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam berikutan kata dua dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM.
"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor menerusi siaran Radio Selangor FM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa Abdul Khalid telah meminta stesen radio berkenaan agar tidak lagi beroperasi di bangunan tersebut sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan negeri itu yang kini diperintah pembangkang.

Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM.

"Saya rasa terkilan di atas kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor yang bersifat mengugut dan mengancam. Ini mencerminkan satu hubungan yang tidak baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya sudah berbincang dengan pegawai saya dan saya akan mengeluarkan arahan supaya Radio Selangor FM keluar daripada bangunan itu," kata Ahmad Shabery.

No comments: