Tujuh Menteri dan enam Timbalan Menteri dari Johor
JOHOR BAHRU: Selaras kedudukannya sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), tujuh daripada 32 menteri yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, berasal dari Johor.
Enam daripada 37 Timbalan Menteri yang dilantik Abdullah juga dari Johor.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran, manakala bekas Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar (Parlimen Kota Tinggi) dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.
Mohamed Khaled juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Shahrir ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan 1983-1987.
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menggantikan Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan.
No comments:
Post a Comment