Friday, March 14, 2008

Situasi 1 di Selangor
Adun Pas Selangor di arah sumbang 30 peratus elaun

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata semua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Exco daripada parti itu diarahkan menyumbang 30 peratus daripada elaun asas setiap bulan kepada kerajaan negeri.Beliau berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain melahirkan Adun dan Exco yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.“PAS Selangor akan melaksanakan program-program kebajikan bagi setiap rakyat seperti yang terkandung dalam tawaran pilihan raya yang lepas,” katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di sini hari ini.Di samping itu, beliau berkata semua Exco, anggota Parlimen dan Adun dari parti itu juga diwajibkan membuat perisytiharan harta di samping tidak terlibat dalam perniagaan secara langsung.
Situasi 2 di Selangor
Khalid mahu dengar taklimat SUK

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau mahu mendengar taklimat daripada pegawai kewangan negeri serta setiausaha kerajaan negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud mengenai kedudukan ekonomi negeri itu.“Saya akan menemui pegawai kewangan negeri serta SUK bagi memberi taklimat kepada saya mengenai status negeri... tunjukkan saya pelbagai perubahan dan pergerakan aset dari tempoh Januari hingga sekarang,” katanya.Langkah itu bertujuan mengelak sebarang tanggapan salah terhadap aktiviti-aktiviti negeri,” katanya kepada pemberita selepas menemui pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di sini hari ini.Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar semalam, berkata gabungan kerajaan baru mahu memastikan status semasa negeri sebelum ia dapat membuat perancangan baru.Khalid mahu dengar taklimat SUK

No comments: