Thursday, March 13, 2008

Selepas dua hari kemenangan Calon PAS N 32 Kuala Semantan dalam Parlimen Temerloh. Saya dimaklumi oleh sahabat sebuat syarikat telekomunikasi yang beroperasi di daerah ini yang mahu berpindah pejabat 'sudi' menghulurkan sumbangan perabot terpakai kepada kita. Maka saya bergegas mencari sahabat-sahabat yang muda belia untuk melaksana operasi. Semua berjalan ook.

Operasi kami terhenti seketika kerana menunggu lori yang bertindak menghantar ke lokasi atau destinasi agihan. Saya meminjam sebuah motor sahabat lalu ke Bank berdekatan kerana dalam dompet saya fulus sudah habis licin, tujuan untuk membelanja basah tekak sahabat-sahabat mengangkat barang.

Selesai ke mesin Giro bank, saya keluar kebetulan semasa mahu menaiki motor saya berada berdekatan mendengar perbualan satu orang Cina tua dengan seorang pemuda Melayu yang antara bertanya kereta sapu bagi menghantar beliau ke Mentakab rumah kongsi , kerana dakwa apek Cina tua ini dia bekerja bagi menyaipkan jambatan merentasi Sg Pahang di kawasan perkampungan di Batu Kapur. maka melihat gelagat Cina tua, saya terlintas baru ini bahawa kita merayu-rayu agar para pengundi Cina kita minta alih sokongan. Saya tampil diri tawar untuk menghantar dan minta tunggu seketika kerana mahu ambil kereta.

Maka tanpa berfikir panjang saya terus tekad menghantar ke Mentakab jaraknya hanya 10 km daripada Temerloh. maka sepanjang perjalanan timbul was-was kenapa aku beranikan diri , entah masuk dalam kawasan mana ni... untuk menyedap hati aku bertindak memakai songkok, minta Cina tua itu bagi persepsi baik. Maka diapun bercerita, dalam banyak-banyak cerita dia cerita baru balik undi di Ijok Selangor, dia kata dia sokongan calon Adilan (Keadilan) di Ijok. Maka dia kutuklah orang Melayu yang undi Keling masa plihanraya kecil.

Dalam banyak-banyak cerita dia kata dua kali dah ke Kelantan bersama-sama rakan, tengok sendiri rumah Tn Guru MB, dia sangat kagum. Sebelum berpisah dia kata kalau dia dapat nombor first prise dia nak beli sebuah kereta proton untuk dihadiahkan kepada Tn Guru, kerana katanya Tn Guru pakai marcedes buruk dan volksagen buruk dia sangat kesian, ta macam Toyo oi, itu makan duit banyak oooo... akhir perbualan minta saya datang mau cerita-cerita politik dan minum teh...

No comments: