Wednesday, March 12, 2008

Pilihanraya ke 12 telah melabuh tirai, semua orang sudah termaklum. Bagi penulis yang menarik pada dua tiga hari ini adalah dengan dua kejadian bebeda. Pertama selepas 8 Mac 2008, para petugas PAS telah bertindak pantas menurun, membersih dan menanggalkan poster sekitar bandar. maka bersihlah bandar daripada poster-poster daripada pembangkang. Yang kini hanya tinggal tak terurus adalah poster-poster, bendera, kai n rentang Dacing penuh sekitar bandar. Lemas dan sakit mata jelas bilamana dua tiga hari ini hujan turun renyai-renyai secara berpanjangana, maka bertambah berserabutlah poster-poster daripada kertas amat mengotorkan.

Justeru, banyaklah benda yang boleh kita fikirkan calon-calon MP Parliemn daripada bandar ini sudah tentulah kembali ke ibu kota, walaupun dia anak tempatan. Semalam jam 12.oo th malam penulis bertemu dengan sekumpulan pemuda Melayu sedang membersih dan mengait poster-poster, bendera, waktu kerja mereka adalah tengah malam. Jelaslah mereka malu, jika satu masa dulu pemasangan dibuat waktu siang dan waktu sibuk para petugas ini tentulah amat bangga bilamana mereka dilihat atau diserempaki oleh pemandu-pemandu kenderaan. Situasi ini ama berbeda sekarang, walaupun upah pasang dan turunkn bendera itu lumayana, namun ramai kalangan pemuda-pemuda ambil upah ini malu untuk membuat kerja-kerja pembersihan pada waktu siang dan sibuk.


No comments: