Friday, March 28, 2008

MT Umno perakukan pelantikan Ahmad Said MB Terengganu.. akhirnya. Kedegilan Pak Lah dan UMNO menongkah arus bukan sahaja mewarni episod politik negara, tetapi lebih jauh memberi impak institusi kesultanan makin dipinggirkan.


UMNo cuba meniadakan peranan istana, peranan kosmetik yang bila rugi dibuang dan bila berguna digunapakai. Inilah perangai politik pragmatik asas UMNO dalam semua hal dan perkara apabila diuji

Hari ini demi survival politiknya ia berserah buat sementara, selepas ini adalah belitannya yang akan diikhtiarkan. Belum reda Menteri di JPM berkaiatan undang-undang ingin mengseimbangkan kuasa eksekutif dan legaslatif.


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memperakukan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, 23 Mac lalu.


Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan beliau itu sekali gus mengenepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini mendapat watikah pelantikan daripada Abdullah menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada pucuk pimpinan Umno sendiri termasuk bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lalu - Bernama

No comments: