Tuesday, March 18, 2008

Kuda Kepang Menulis !!!!!

Abdullah Ketepikan Cakap-cakap Mengenai Undi Tidak Percaya
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyangkal khabar angin mengenai wujudnya rancangan mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau, dengan berkata beliau mendapat sokongan padu Umno.Perdana Menteri juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai spekulasi adanya usaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau pada perhimpunan agung Umno Jun depan dan juga hubungannya dengan Najib."Apa yang saya tahu, saya masih di sini. Saya telah diberikan satu mandat yang amat kukuh, saya percaya...hanya kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga. Saya bukannya seorang yang lari daripada mandat yang telah diberikan kepada saya."Mereka (pengundi) telah memberikan saya undi mereka dan adalah menjadi hasrat saya untuk meneruskannya. Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di sini.Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321225

No comments: