Friday, March 14, 2008

Gelagat PKR dan DAP dalam isu perlantikan MB Perak yang dikhabarkan mendapat persetujuan kedua-dua parti pembangkang pada mulanya serta direstui oleh pihak istana sebenarnya memberi impak maksimum terhadap PAS secara tidak langsung.

Kita berharap PAS dapat kekalkan imej bersih, tidak gelojoh kuasa pada pusingan pertama ini. Ini kerana gara-gara kerakusan dan kegelojohan dua rakan yang umpama baru mendapat \bini baru yang cantik. Ketidaksabaran kegelojohan dalam hal ini, mahu puaskan hati dan parti sebenarnya memberi impak negatif. Kegolojahan ini seakan-akan mengiakan dalam hati nurani rakyat teramai yakin atau tidak yakin, antara percaya dan dak caya kepada kita. Kini situasi ini meleraikan keguasaran rakyat dan jawapannya memberi impak positif kepada UMNO BN yang tenat itu. Ketidaklicinan peraliha kuasa di perak meranapkan keprcayaan rakyat yang 'was-was dan waham dengan Barisan Rakyat. Maka payahlah di masa depan rakyat mahu ulangi tsunami pol;itik macam situasi 2008 ni. Percayalah ?
Imej bersih dimata rakyat kini memberi imej baik PAS. Kesannya DAP serta PKR diserang bertalu-talu oleh media massa arus perdana sehingga menenggelamkan PAS. Setidak-tidak dalam situasi ini PAS menang dari segi moral, nampak tenang, disenangi semua pihak, UMNO nampak yakin terhadap PAS, kerjasama PAS-DAP yang dimomok sebagaimana hentaman media adalah tidak benar sama sekali merujuk kes kerjasama di Perak. ini impak positif politik PAS. Justeru ramai orang mahu PAS bersendirian membentuk kerajaan Malaysia. Hakikatnya dalam situasi pelbagai kaum ramuan PAS berseorangan membentuk kerajaan tidak dapat direalisasikan. kecuali ramuan lain yang melibatkan penglibatan ketiga-tiga komponen kaum terbesar dalam legasi politik PAS. Apa pun PAS perlu teruskan episod ini .....

No comments: