Saturday, February 02, 2008

Pak Lah dan marah oi.....

Marahnya Pak Lah PM bukan kepalang hari ini. Kemarahannya berkisar isunya Pengerusi SPR orang kepercayaannya telah disiat-siat gambar oleh beberapa orang pimpinan bersih. Beliau melabelkan semua individu yang menyiat gambar raSHIT sebagai biadap.

Sememangnya Pak Lah, adalah anak seorang ulama dan patut jugalah ia menegur dengan sikap keterlaluan pimpinan BERSIH. Belaiu telah sarankan beberapa cadangan antaranya minta kumpulan Bersih ini bawa ke mahkamah jika tidak bersetuju.

Moralnya Pak Lah sebagai imam maknanya tidak boleh dan tidak dapat ditegur, memandangkan para makmum melihat imam tidak betul dan salah semasa memimpin imam sembahyang. Sebaliknya makmum yang mengur itu dilabelkan sebagai biadap dan melampau. Dua perkataan yang digunakan itu menggamabarkan dari aspek budi bahasa dan budaya melayu adalah tahap tertinggi kemarahannya.

Rakyat nampaknya kena bersabar, janganlah kita hilang sabar! Maka disini patutlah banyak pihak berkuasa menyabarkan rakyat. Maknnya memanglah mereka kira kuasa itu adalah HAK MILIK KEKAL puak-puak dan suku sakat mereka. KITA MINTA KEMBALILAH MEREKA KEPADA ISLAM ATAU KE PANGKAL JALAN.



: Tindakan anggota Bersih biadap dan melampau

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap sebagai biadap tindakan beberapa anggota Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) semalam, Jumaat mengoyak gambar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri berkata perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan tindakan mereka itu sudah melampau.

"Itu perangai biadap, ada cara lain lagi (untuk protes)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Alumni Universiti Malaya di sini hari ini, Sabtu.

Beliau mengulas tindakan anggota Bersih mengoyak gambar Abdul Rashid yang disiarkan akhbar hari ini, Sabtu sebagai tanda protes dan mendakwa usaha SPR memperkenalkan dakwat pencelup jari untuk pengundi semata-mata perubahan kosmetik.

Perdana Menteri berkata Abdul Rashid telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dengan mengadakan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik, sejak sekian lama.

Abdullah berkata anggota Bersih tidak sepatutnya mengambil tindakan sedemikian kerana SPR telah memenuhi tuntutan pihak pembangkang dengan memperkenalkan dakwat pencelup jari dan kotak undi lut sinar untuk memastikan pilihan raya yang akan datang lebih bersih.

"Kalau selama ini tak baik, (ataupun) perkara ini (yang sedang dilaksanakan SPR) tak baik, bawa ke mahkamah," katanya.

Perdana Menteri berkata SPR sentiasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan daftar pengundi sentiasa dikemaskini dan mengambil perhatian terhadap aduan seperti kesilapan pendaftaran pengundi dan sebagainya.

Ditanya adakah kerajaan akan mengambil tindakan, Abdullah berkata:" kalau ada undang-undang yang membenarkan hukuman terhadap mereka itu, kita patut ambil tindakan". BERNAMA

No comments: