Wednesday, January 02, 2008

Tol enam lebuh raya dinaikkan mulai semalam



Di sebalik kekecoohan dan kehangatan DVD seks oleh Dr Chua Soi Lek dengan pasangan berusia 20-an. Rakyat Malaysia dihadiah dengan hadiah Tahun Baru 2008 ,

Kadar tol di enam lebuh raya dinaikkan antara tujuh peratus dan 50 peratus berkuat kuasa mulai hari ini mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.

Semasa mengumumkan keputusan kerajaan pada November lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, keenam-enam lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan kenaikan itu tidak akan melibatkan ramai pengguna.

Sebagai contoh, katanya, hanya 16,000 pengguna yang menggunakan Linkedua setiap hari manakala Tambak Johor banyak menerima kenderaan dari Singapura.

Dalam pada itu, kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta lagi kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bagi tahun 2008 kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 pada tahun lalu.

Selain itu, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.

Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta.

No comments: