Tuesday, January 01, 2008



Bercakap fasal mat rempit, belum pilihanraya lagi 'pelanggaran undang-undang dah nak buat. Bagi mat -mat rempit rata-rata adalah bawah umur, dalam akta pilihanraya dulu marah kerajaan guna bebudak muda dalam kempen. Siapa nak kuatkuasa benda ni, siapa nak patuh? Pembangkang setiap kali piliharaya ikut sokmo peraturan dan undang-undang yang BN buat, tapi bagi diri dia jangan haraplah nak patuh. Sebab dalam diri dia aku kan kerajaan. Undang-undang atas dia, dia bukan duduk bawah undang-undang

Jika dilihat gambar di atas , apa yang berlaku di Pahang sekadar nak bagi ingatan kat Putera UMNo jangan syok sendiri. Dan pembangkangpun janganlah yakin sangat dengan benda-benda macam ni. Yang pnting kerja dan nawaitu kerna ALlah.



Putera Umno guna Mat Rempit bawa pengundi



SLIM RIVER: Putera Umno akan mendapatkan khidmat kumpulan “Mat Rempit” bagi menggunakan motosikal untuk membantu membawa pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata khidmat Mat Rempit itu akan digunakan bagi membawa pengundi yang tinggal di kawasan yang tidak boleh dimasuki kereta atau van yang biasa digunakan membawa pengundi ke tempat mengundi.

“Adik-adik Mat Rempit kita akan kerahkan menjalankan tanggungjawab membawa para pengundi terutama warga emas yang sukar keluar ke tempat pengundian kerana tinggal di kawasan ceruk… kita akan bawa pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti untuk keluar mengundi beramai-ramai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan UPSR 2007 Parlimen Tanjung Malim di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Pergerakan Puteri Umno supaya diwujudkan kumpulan perayu undi daripada kalangan orang lelaki bagi memastikan kemenangan lebih besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri Umno Bibi Sharliza Mohd Khalid semalam berkata langkah itu wajar memandangkan kaum lelaki turut mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri untuk menjadi perayu undi. BERNAMA

No comments: