Tuesday, October 02, 2007

Cuti-Cuti Pak Lah !!!!!

Ikuti berita Utusan di bawah ini, sebenarnya pada tarikh ini PM kita masih berada di luar negeri dari New York selepas berucap dekat PBB, PM kita Pak Lah bersama rombongan beralih pula ke London pula.
Oleh keranamiskin berita, mujurlah pemberita tadi dapat cover dengan mencatatkan berita yang teks di baca kan oleh si polan dekat KL. Jika tidak jadilah Utusan sebagai pelapor atau pembohong besar. Orang semua percaya.
Di London PM, sekarang ni buat kerja Menteri Pelajarn pulak, nak tarik pelajar asing sebagaimana dilaporkan. Ini kerja sampingan dan taklik dia aje, sebenarnya dia bersama rombongannya yang ramai tu sedang bercuti, balik nanti lagi dua hari kita nak Sambut Syawal, tengoklah kalu tak caya ....
100,000 pelajar asing menjelang 2010 – PM
KUALA LUMPUR 1 Okt. – Malaysia merancang menambah bilangan pelajar asing di sini hingga 100,000 menjelang 2010 daripada jumlah 50,000 sekarang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hingga kini, pelajar dari lebih 150 negara menuntut di Malaysia, menjadikan negara ini salah sebuah pembekal penting pendidikan antarabangsa bersama negara lain seperti United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand.

Abdullah berkata, pendidikan di Malaysia boleh dikatakan sudah memasuki kitaran penuh selepas 50 tahun merdeka.

Ini kerana negara sering menghantar kebanyakan pelajarnya menuntut di seberang laut dan masih menghantar sebilangan mereka ke sana.
Bilangan pelajar asing yang menuntut di Malaysia pula meningkat, kata beliau pada perasmian Limkokwing University London dan kampus Londonnya di Picaddilly.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Tan Sri Lim Kok Wing, Presiden Limkokwing University of Creative Technology dan Datuk Abdul Aziz Mohammed, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom.

Abdullah, yang tiba di London pada Ahad dari New York, setelah berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lepas, mengunjungi Lim dan Limkokwing University kerana inisiatifnya di seberang laut.

Abdullah berkata, ini adalah saat-saat membanggakan buat Malaysia dan rakyatnya kerana penubuhan universiti itu di London menandakan buat pertama kali sebuah universiti Malaysia berjaya mengembangkan sayapnya ke United Kingdom.

Dalam hal ini, Perdana Menteri menggesa lebih banyak universiti Malaysia meluaskan program ke peringkat antarabangsa dan membuka kampus seberang laut dan kerajaan akan terus memberi sokongan kuat kepada usaha seumpama itu.

Malaysia, kata Abdullah, berhasrat menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan penting terhadap kejayaan negara dalam bidang ini ialah peranan universiti dan kolej sektor swasta kerana mereka mengambil bilangan besar pelajar asing.

“Ia adalah juga satu cabang pendidikan di mana kita melihat dinamisme dan inovasi yang besar,” kata beliau, namun mutu pendidikan yang disampaikan mestilah pada tahap tertinggi, mematuhi, malah, mengatasi standard global.

“Tidak harus ada tolak ansur dalam hal ini. Inilah satu-satunya cara untuk bersaing dan berada di kalangan yang terbaik di dunia,” tegas beliau.

Abdullah berkata, bila beliau merasmikan kampus utama Limkokwing University tiga tahun lepas di Cyberjaya, beliau telah melahirkan harapan ia akan muncul sebagai salah satu yang terbaik di dunia.

Beliau berkata, beliau gembira melihat ia telah melakar kemajuan ke arah mencapai aspirasi itu dan diiktiraf sebagai salah sebuah universiti terkemuka dengan kampus di enam negara di tiga benua, dengan jumlah pengambilan 16,000 pelajar.
– Bernama

No comments: