Monday, September 03, 2007

Saman ?

Padah disebalik kepalsuan, hak yang dimalukan dan menuntut supaya malunya di'tebus' kembali. Apa pun sebelum bertindak kedua - dua pihak patut berbincang. Saman adalah satu jalan peyelesaian. Jika itulah pilihan terakhir dan baik, silakan dalam kes ini. NUTP saman ibu bapa cemar imej guru

Buat pertama kalinya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bertindak menyaman ibu bapa seorang pelajar sekolah di Kedah kerana membuat aduan palsu kepada pihak media baru-baru ini.

Setiausaha agung NUTP Lok Yim Pheng berkata peguam kesatuan itu telah mengenal pasti kes itu kerana mempunyai bukti yang kukuh bagi membolehkan mereka menyaman ibu bapa pelajar tersebut.

Tindakan undang-undang itu turut diluluskan oleh jawatankuasa kerja NUTP secara sebulat suara pada mesyuaratnya Khamis lepas kerana tidak mahu maruah, imej dan profesion perguruan tercemar disebabkan "serangan" (laporan palsu) ibu bapa terbabit menggunakan saluran media, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi maklumat lanjut mengenai pelajar dan sekolah terbabit.
Lok berkata kesatuan itu juga sedang mengkaji beberapa kes lagi untuk diambil tindakan undang-undang.

"Kami akan mengkaji dan memperolehi maklumat terperinci mengenai prosedur yang perlu dipatuhi untuk menyaman ibu bapa atas sebab menjatuhkan maruah dan imej guru yang terlibat dengan memberi maklumat palsu dan tidak benar kepada pihak media," katanya. BERNAMA

No comments: