Wednesday, September 19, 2007

MB Darul Sunnah Yang Memalukan Hutang Tak Bayar ?

Memalukan ..! Sungguh memalukan, seorang MB di sebuah negeri Darul Sunnah tidak membayar tunggakan bil yang puluhan ribu. Jika ditanya mungkin pelbagai alasan yang mungkin dan akan diberikan, kesnya alasannya macam alasan Datuk Z ADUN Pelabuhan Kelang tulah... demi rakyat..kerana rakyat dan untuk rakyat, Inilah istilah keramat yang acap dan sering dialaskan sebagai alasan.


Lapon Audit: MB Perlis punyai tunggakan bil air lebih RM200 ribu


Berita
a Menteri Besar Perlis telah tersenarai di antara 10 pengguna yang mempunyai tunggakan bil air paling tinggi di negeri Perlis, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara ke atas Pengurusan Bekalan Air oleh Jabatan Kerja Raya.

Laporan tersebut terkandung dalam Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perlis 2006 yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini.


a

Dalam Jadual 27 laporan tersebut, setakat awal Mei 2007 Menteri Besar Perlis masih mempunyai tunggakan sebanyak RM223,045.00 dan menduduki tempat kedua selepas Persatuan Bolasepak Perlis yang mempunyai tunggakan sebanyak RM614,189.00.

Antara pengguna lain yang tersenarai ialah Majlis Perbandaran Kangar (RM250,281.00), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (RM236,370.00), Universiti Institut Teknologi MARA (RM197,674.00) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (RM117,162.00).

Turut tersenarai ialah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Umno Perlis, Konsortium Bintong Sdn. Bhd dengan jumlah tunggakan RM123,115.00 dan dua orang individu yang jumlah tunggakan mereka sebanyak RM232,647.00.

Jumlah tunggakan melibatkan 10 pengguna tersebut berjumlah RM2.11 juta.

Menurut laporan tersebut, jumlah tunggakan juga telah meningkat berbanding tahun lalu dari jumlah RM1.03 juta kepada RM3.31 juta.

Laporan Audit juga mendapati hasil perolehan dari jualan air merupakan penyumbang utama kepada hasil kerajaan Negeri Perlis iaitu sebanyak 18 peratus bagi tahun 2004, 15 peratus (2005) dan 16 peratus (2006).

Jabatan Audit menyimpulkan bahawa tindakan serta operasi penguatkuasaan yang lebih berkesan dan sistematik perlu diambil untuk mengurangkan tunggakan hasil yang kian meningkat pada setiap tahun. - mks.



No comments: