Saturday, September 15, 2007

Majlis rasmi tiada lagi sup sirip ikan yu

Arahan antara cintakan alam sekitar , kononkan dengan pembaziran duit rakyat. Manakah yang lebih utama. Jika mengambil roh negara Islam Hadhari yang dikagumi oleh Presiden USA. Kita rasakan Azmi Khalid adalah antara menteri yang perihatinlah , sebab bawah sumber asli dan alam sekitar , dia terlalu menjaga ikan daripada menjaga manusia Malaysia seramai 25 juta orang. Apa pun kita kira baguslah jika menteri berfikiran begitu, jadi macam mana dengan ratusan ribu babi dan mungkin jutaan jumlahnya yang kini sejuk beku kes dan penyelesian berbanding dengan kes 'rusuhan' di Batu Buruk Kuala Terengganu ?


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengarahkan agensi di bawah kementeriannya berhenti menghidangkan sup sirip ikan yu sebagai menu dalam semua majlis rasmi mulai 12 September lalu.

Arahan itu sebagai menyokong kempen Kumpulan Marin, Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) Cawangan Selangor menimbulkan kesedaran tentang penderitaan ikan jerung yang juga dipanggil ikan yu.

‘‘Dengan larangan itu, kementerian berharap dapat menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies jerung yang sedang rancak dilaksanakan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam kementeriannya di sini, hari ini.

Antara lain dalam kempen kesedaran itu, Kumpulan Marin mengetengahkan kepentingan ikan yu sebagai komponen utama dalam ekosistem laut.

‘‘Ia merupakan pemangsa terunggul dan menjadi spesies asas dalam ekosistem laut,” katanya.

Tambah beliau, kepupusan ikan jerung akan mencetuskan kesan domino yang menyebabkan pengurangan atau peningkatan populasi ikan dan spesies laut lain yang boleh membawa kepada ketidakseimbangan dalam ekosistem laut.

No comments: