Friday, September 07, 2007

Kita memanglah bersetuju BPR menjalankan kerjanya iaitu diberitaka ...BPR tahan 23 dalang lesen L di enam negeri.

Justeru setakat menahan atas apa yang menjadi kepentingan rakyat keciil ke besar adalah tetap salah dan dikira memang salah. Oleh itu kita mahu usaha dan fokus BPR minta menghapauskan kes-kes berprofail tinggi, kerjanya mudah jumpa Pengerusi GERAK Malaysia Sdr Ezam Md Noor, hah.. banyaklah berita dan kebaikan BPR dapat, moh cepat sikit bertindak wei !!!!!!

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 23 individu termasuk kakitangan, pemilik dan pekerja sekolah memandu dan pusat ujian berkomputer yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan pengeluaran lesen belajar memandu (L) di enam negeri.Tujuh daripada 23 individu yang ditahan minggu lalu itu dihadapkan ke mahkamah semalam, dengan tiga di Negeri Sembilan, dan masing-masing seorang di Perak, Melaka, Johor serta Selangor berhubung tuduhan rasuah.

Timbalan Ketua Pengarah I (Operasi) BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata semua individu itu ditahan selepas sindiket terbabit dikesan Jun lalu dengan kerjasama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).“Kebanyakan ditahan merangkumi kakitangan sekolah dan pusat ujian memandu yang bertindak sebagai ‘ulat’ menjanjikan calon dapat lulus dengan jalan mudah. Calon yang kita kenal pasti adalah mereka yang pernah gagal dan tidak yakin lulus termasuk warga asing,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan; Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Mohd Shukri Abdull serta beberapa pegawai kanan dari Mosti serta Kementerian Pengangkutan.Semua individu itu ditahan di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang.


Abu Kassim berkata, siasatan awal yang dibuat menunjukkan calon ujian lesen L diminta membayar sehingga RM400 untuk lulus serta diminta memenuhi syarat supaya berada dalam bilik ujian selama sejam.“Kita juga merampas perisian dan data di pusat ujian berkomputer terbabit,” katanya yang enggan mengulas jumlah calon yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pengeluaran lesen L terbabit.Ditanya adakah pegawai JPJ mendalangi kegiatan sindiket itu, beliau berkata, maklumat diperoleh menunjukkan tiada pegawai jabatan itu terbabit kerana ujian lesen L dikendalikan di pusat ujian berkomputer.Sementara itu Solah berkata, JPJ akan bertindak tegas terhadap calon ujian dan sekolah memandu yang didapati bersalah dan lesen mereka mungkin dibatalkan atau diminta menduduki peperiksaan semula.Musa pula berkata, polis akan menyemak latar belakang warga asing yang menggunakan khidmat sindiket untuk mendapatkan lesen L termasuk mengesahkan status mereka.“Bagi kes membabitkan jenayah siber, saya sudah mengarahkan Jabatan Jenayah Perdagangan menyiasat mungkin ada individu menggodam keputusan ujian berkomputer untuk membolehkan calon lulus," katanya.Sementara itu, ketika mengulas laporan Tan Sri Robert Phang kepada BPR kelmarin yang, mendakwa berlaku kelemahan dalam penguatkuasaan JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mohd Shukri berkata, siasatan menunjukkan tidak berlaku rasuah.“Selepas Phang membuat laporan di ibu pejabat BPR kelmarin, kita menghantar pegawai membuat semakan dan didapati tiada elemen rasuah atau kesalahan prosedur, sebaliknya mungkin cuma salah faham saja,” katanya.

No comments: