Friday, September 14, 2007

Balansungkawa Ustaz Kasim Yahaya.

Penulis dikejutkan dengan berita perginya seorang pejuang dan aktivis gigih, selama berada di Pahang. Walaupun arwah kurang mengenali penulis secara dekat. Namun penulis kenali dekat dengan beliau, yang sentiasa komited datang ke Temerloh setiap apa sahaja program anjuran PAS, dan datangnya awal daripada orang lain, kekadang ada program batal dan sebagai beliau tidak pernah bersungut pun.


Dua tahun sudah penulis bersama seorang sahabat ke Lipis dan beliau belanja penulis minum teh dikedainya.

Pada 24 Ogos 2007 kira-kira jam 9.30 pagi, Yang Dipertua PAS Cameron Highlands, Usatz Ahmad Ludin menelefon penulis memberitahu kabar buruk Ustaz Kassim Yahaya (bekas YDP Cameron Highlands) cedera parah dan berada dalam keadaan koma.

“Ustaz Kassim Yahaya koma sejak petang semalam (23 Ogos) akibat diserang pemuda kurang siuman …ketika pulang dari masjid selepas solat Asar,” begitu maklumat disampaikan Ahmad kepada penulis.

Terdetik dihati saya, mungkin kemalangan itu menandakan pengakhiran hayat Ustaz Kassim, bekas Yang Dipertua PAS Cameron Highlands dan Lipis itu.

Ternyata benar telahan itu, akhirnya selepas koma selama 16 hari, beliau menghembuskan nafaz terakhirnya Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) pada jam 10 .00, Sabtu 8 September 2007 ketika berusia 70 tahun.

Allahyarham dilahirkan pada 1937 di kampung Keledek. Beliau adalah anak ketiga daripada 10 orang adik beradik. Berkahwin dengan sepupunya, Hajjah Siti Helmiah Lebai Ghazali pada tahun 1970 dan dikurniakan empat orang anak dua lelaki dan dua perempuan.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Kampung Relong, kemudian ke Sekolah Agama Dong, Raub seterusnya ke Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan, kemudian menyambung pengajian di Maahad Muhammadi, Kota Bahru, Kelantan. Antara guru yang menganjar Allahyarham ialah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Menteri besar Kelantan sekarang).

Disamping itu Allahyarham turut menimba ilmu Pondok Bunut Payung tetapi tidak lama mengaji disitu kerana mendapati sistem pembelajaran pondok tidak bersesuaian denganya.

Rakan-rakanya di Maahad Muhammadi termasuklah, Prof. Mahmud Zuhdi, Ustaz Said Batu Balai, Ustaz Abu Samah Rani di Temerloh.


Semasa menuntut di Kelantan itulah Allahyarham mula berjinak-jinak dengan politik (PAS). Beliau mengikuti ceramah daripada pemimpin PAS antara tokoh pidato’ PAS yang dikaguminya termasuklah Ustaz Nazar Nong, Prof, Zulkifli Muhamad, Ustaz Ahmad Perai dan Ustaz Abu Bakar Hamzah.

Beliau menamatkan pelanjaranya di Maahad Muhammadi, Kota Bahru pada tahun 1964.

Penglibatan Allahyarham didalam PAS bermula sebaik sahaja beliau pulang ke kampungnya pada tahun 1964. Dalam pilihan umum 1964, beliau membantu calon PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai, Wan Ibrahim Bin Wan Dol menentang calon Perikatan Mohamad Nor Sulaiman.

Waktu itu sistem demokrasi ala British memboleh beliau berceramah dalam rapat umum PAS di Padang Majlis Daerah Lipis (dulu dikenali dengan nama Padang Bodin).

Selepas pilihanraya 1964, Allahyarham terpaksa menyertai kerahan tenaga Angkatan tentera Malaysia (ATM) selama dua tahun menyebabkan penglibatanya didalam parti tertangguh.

Sebaik menamatkan kerahan tenaga Allahyarham menjadi guru agama (Ustaz ) di Sekolah Agama Rakyat kampung Chat, Budu, Benta.

Sekitar tahun 1967, Allahyarham menyertai PAS secara rasmi dan beliau bersama Sulaiman Sidek (Allahyarham) dan Yaakub Andak (Allahyarham) menubuhkan Ranting (Cawangan) PAS cawangan Jelai.

Di dalam PAS Allahyarham menjawat pelbagai jawatan antaranya, Yang Dipertua Kawasan, Setiasuaha Kawasan, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri, Ketua Penerangan PAS Negeri, pemangku Ketua Dewan Ulama, Timbalan Pesurhjaya dan jawatan tertinggi pernah disangdang beliau ia Timbalan pengerusi tetap Dewan Ulama PAS Pusat.

Allahyarham mungkin menjadi tokoh yang paling banyak menyertai pilihan raya iaitu sebanyak tujuh kali bermula dalam pilihan umum 1969 kemudian 1974 (bebas), 1978, 1982,1986, 1990 dan 1995.

Dalam pilihan raya umum 1974, semasa PAS berada didalam BN Allahyarham menjadi calon bebas kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PAS, bagaimana pun pencalonanya di tolak atas sebab kesilapan teknikal.

Semasa PAS berada didalam BN (1970 – 1978) Allahyarham diberi jawatan sebagai pegawai penerangan seranta Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Jawatan itu membolehkan beliau bertugas di Mekah semasa musim haji.

Bagaimanapun Allahyarham melepaskan jawatanya di Tabung Haji sebaik sahaja PAS keluar dari BN walaupun pada waktu itu beliau bertugas di Mekah.

“Demi perjuangan……bila PAS keluar BN ..ana pun letak jawatan dalam Tabung Haji walaupun pada masa itu sedang bertugas di Mekah,” kata Allahyarham kepada penulis.

Selepas meletakkan jawatanya dan kembali ke Malaysia, Allahyarhan ditawarkan untuk bertugas dengan Tabung Haji tetapi beliau menolaknya kerana sayangkan perjuangan (PAS).

Allahyarham sememangnya seorang tokoh yang sangat komited dengan PAS, beliau tidak kecewa malah mengejutkan lawan apabila berucap dengan baik selepas diumumkan lawanya menang dalam setiap kali pilihan raya yang disertainya.

Rakanya semasa menuntut di Maahad Muhamadi, Ustaz Said Awang 65, menyifatkan Allahyarham adalah seorang tokoh yang sangat mencintai perjuangan.

“Beliau berminat dengan politik semasa masih menuntut lagi dan kekal didalam perjuangan sehingga keakhir hayatnya,” ujar beliau.

Allahyarham adalah antara orang yang bertanggung jawab memajukan PAS didua kawasan iaitu kawasan Lipis dan cameron Highlands.

Pemergianya tetap dikenang oleh ahli PAS dikedua-dua kawasan itu, ketokohan, ketabahanya menghadapi liku-liku perjuangan sememangya memang sukar cari diganti…….semuga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh, Amin .

No comments: