Sunday, July 01, 2007

Kaji kaitan tatu dengan budaya

Bila budaya meniru diamalkan. Meniru benda baik dan perkara-perkara tercontoh adalah baik Namun budaya meniru tatu, diiterima pakai sebagai lambang kehebatan dan kemodenan mengikut neraca pertimbangan mereka. Negara kita tidak terkecuali, kebanyakkan pengamal dan pemuja tatu adalah majoriti adalah daripada kalangan belia remaja, termasuklah belia remaja Islam itu sendiri.

Ikutilah laporan berita, di Malaysia bagaimana penerimaan tatu yang satu masa dahulu dianggap sebagai amalan kepercayaan keagmaan kaum Iban, kini diterima sebagai satu nilai sezaman yang baru.
Adalah bahaya jika generasi muda Islam andai mereka anggap ini adalah sebagai nilai sezaman yang tiada bersangkutpaut benda ini dengan agama. Maka menjadi tanggungjawab kita yang faham agama menjelaskan benda ini adalah haram di sisi Islam, kerana sebab2 yang jelas dan munasabah logik akalnya.

Ahli antropologi boleh mengkaji sejarah lama dengan melakukan kajian mendalam untuk mengetahui sama ada kaum Dayak di Borneo mempunyai hubungan budaya dengan penduduk di tanah besar Asia, termasuk Taiwan yang memiliki tatu pada badan.

Timbalan Menteri Luar Joseph Salang berkata disebabkan oleh pengasingan di zaman purba, amalan tradisi suku kaum itu dipercayai hanya unik kepada kaum Dayak sahaja.

"Di Borneo, misalnya, tatu di badan kebanyakannya dilakukan oleh kaum lelaki Iban manakala tatu pada kening dahulunya lazim ditemui di kalangan kaum wanita Orang Ulu, yang kini telah menjadi sejenis lukisan seni halus pada badan," katanya semasa merasmikan Konvensyen Tatu Antarabangsa Borneo Kedua dan Pesta Kebudayaan Dayak Borneo di sini malam tadi.

Tatu di badan pelakon Tony Eusoff yang memberi imej tersendiri kepadanya. (foto The Star)
Pelukis tatu dari lapan negara, termasuk Malaysia, China, Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland dan Indonesia mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung selama tiga hari itu di Taman Jubli Bukit Aup di sini, yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perbandaran Sibu dan Borneo Headhunter Tattoo Studios.

Salang berkata sambutan baik, terutama daripada peserta luar negara telah meletakkan nama negara di persada antarabangsa menerusi konvensyen itu, yang bertujuan untuk memulihara amalan tradisional dengan mempamerkan kemahiran penduduk tempatan melukis tatu pada badan.
Beliau kemudian menyaksikan persembahan adat kaum Iban "miring" untuk memohon restu daripada Tuhan agar acara itu berlangsung dengan jayanya, yang menarik minat para peserta antarabangsa yang kagum kerana adat istiadat seumpama itu masih lagi diamalkan di negara ini.
Sementara itu, Sua Freewind, 45, seorang penduduk asli India Amerika, yang berasal dari California, Amerika Syarikat dan telah banyak melancong ke seluruh dunia, berkata konvensyen tatu antarabangsa seumpama itu dapat membantu mewujudkan imej positif mengenai tatu sebagai satu bentuk seni lukis pada badan.

Bagi beliau, corak tatu yang tersendiri, kebanyakannya menggunakan teknik lukisan tatu orang Samoa yang memenuhi badannya adalah kerana cintanya pada lukisan tatu, yang diamalkannya secara serius sejak 18 tahun lepas dengan menggabungkan kaedah purba dan moden.

Alex, 30, seorang pelukis tatu dari Switzerland, sangat mengagumi keunikan corak tatu Dayak, yang menggambarkan cara hidup suku kaum itu yang berbeza dengan gaya hidup barat, yang kebanyakannya mempunyai nilai-nilai estetik.

Seorang pelukis tatu tempatan, Robert Mayau, 42, yang menjalankan perniagaan studio tatu penduduk asli Borneo di Kapit, yang turut mempunyai sebuah cawangan di Cheras, Kuala Lumpur, yakin tatu penduduk asli Borneo dapat diakses oleh orang ramai dari seluruh dunia menerusi laman-laman web.

No comments: