Friday, July 06, 2007

Bersiap untuk hadapi PRU 12

Diberitakan dan digosipkan, dengan asas-asas yang kuat, pilihanraya berkemungkinan besar akan diadakan pada akhir tahun ini. Logika terbaru para petugas atau pengendali pilihanraya khususnya yang melibatkan kakitangan kerajaan, sekarang rancak adakan mesyuarat. Cuma taklimat perdana akan dibuat pada bulan Ogos kepada semua petugas atau agen SPR kemungkinan di seluruh negara.
Justeru, jentera pembangkang wajarlah mengambil langkah persediaan secara maksimum. Penyudah larian 100m jika diandaikan sudah memasuki fasa ke jarak 80m. Persedian-persediaan mental dan fizikal dan fokus utama gerakerja yang patut digerakkan wajar dimulakan.

No comments: