Sila baca dan beli....
Banjir dan Karam dari Perspektif al-Quran
Dalam menanggapi gejala banjir dan bah besar yang luar biasa ini ada yang menganggap ialah adalah gejala angin Monsun Timur Laut yang bertiup kencang dengan membawa Tufan durian . Ada yang menghubungkaitkan nya dengan fenomena meningkatnya suhu panas dunia. Apakah makna dan pengertian yang boleh diambil dari malapetaka seperti ini.
Sudah pasti berbagai tanggapan dapat dibuat dari pelbagai aspek dan sudut. Tanpa menafikan faktor alam sekitar dan kelemahan pengurusan pembangunan dan saliran di samping kealpaan pihak tertentu untuk menghadapi kemungkin buruk tersebut kita perlu menelusuri satu aspek yang jarang-jarang disedari atau dihubungkaitkan oleh manusia yang berfahaman sekular. Iaitu faktor yang berkaitan dengan kudrat iradat Allah pemilik alam buana ini dan faktor kejahatan manusia itu sendiri. Memandangkan perlunya umat islam di negara ini disedarkan tentang faktor faktor yang menyebabkan umat zaman silam ditenggelamkan oleh Allah serta dikenakan dengan berbagai bala bencana maka kita mengemabil kesempatan ini untuk menampilkan sebuah penulisan demi menimbulkan kesedaran ruhani tentang perlu umat Islam semuanya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan tidak dihanyutkan oleh fahaman sekularisme, liberalisme dan dan lain-lain yang mengundang kemurkaan Allah; justeru kemungkaran dan penderhakaan umat akan membawa padah yang besar kepada nasib mereka; baik di dunia yang fana ini mahu pun di akhirat.
Dalam buku kecil yang bertajuk ”Karam dan Banjir Dari Perspektif Al Quran” penulis akan menjelaskan beberapa kesimpulan seperti yang ditegaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan layanan Allah yang tidak sama terhadap manusia yang beriman berbanding dengan manusia yang kafir, Bahawa semua bandar dan desa akan dimusnahkan atau penduduknya diseksa di ambang kiamat. Orang-orang yang beriman juga boleh berhadapan dengan bencana sebagai ujian, Kecelakaan umumnya adalah kerana berbagai jenis dosa dan seterusnya keperluan bertaubat dan kembali menghayati ajaran Islam yang hakiki untuk meraih kesihan belas Allah S.W.T.
Spesifikasi buku:
Penyusun: Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Mantan YDP PUM)
Jumlah halaman: 41 muka surat Saiz: 16 x 11.5 cm
Penerbit: Intel Multimedia and Publication
No comments:
Post a Comment