Sunday, June 10, 2007

Wah hebat demo Nuar....!!!!

Perhatikan bertapa perihatin UMNO Kelantan, segera bangkit membela rakyat Kelantan agar segera digesa lupus hutang demi rakyat untuk rakyat . Bagaimana UMNO Ngeri-negri lain Selangor , Johor dan Pahang tak kan diam saje... Kita minta UMNO negeri-negeri lain bangun dan segera bertindak. Oh ya hak negeri2 lain bertindak dalam senyap-senyap tak payah diheboh-hebohkan , nanti terhapuslah cukai-cukai tunggakan ...kerana rakayat dan demi rakyat.
Tengok ni UMNo Kelantan seperti yang dilaporkan oleh UM ......
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan akan membawa usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, meminta kerajaan negeri pimpinan Pas melupuskan tunggakan hutang rakyat berjumlah RM37 juta.
Pengerusinya, Datuk Seri Annuar Musa berkata, tuntutan kerajaan negeri yang meminta rakyat melunaskan hutang termasuk cukai pintu dan bil air itu tidak munasabah dan membebankan rakyat kerana tahap perkhidmatan yang disediakan amat teruk.
“Tuntutan ini dibuat disebabkan kerajaan pimpinan Pas sudah miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan lain kecuali mengharapkan kenaikan cukai tertentu.
“Usul melupuskan hutang ini adalah wajar memandangkan ketidakupayaan kerajaan Pas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat melibatkan urbanisasi perbandaran dan kualiti air yang digunakan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Wanita Kelantan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa rakyat negeri ini enggan menjelaskan tunggakan bil air dan cukai pintu sehingga mencecah RM37 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM20 juta melibatkan hutang bil air manakala selebihnya melibatkan tunggakan cukai pintu Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Annuar berkata, kerajaan Pas Kelantan mengambil jalan mudah dengan memaksa rakyat membayar bil air dan menaikkan cukai pintu selepas mereka tidak mampu mendapatkan sumber pendapatan dari dalam atau luar negeri.
“Rakyat tidak mendapat apa-apa faedah daripada kenaikan cukai ini, mereka (kerajaan negeri) hanya bergantung kepada kayu balak yang semakin kurang atau hasil pertanian yang kurang produktif untuk menguruskan negeri ini.
“Malah, tanpa 95 peratus bantuan Kerajaan Pusat, projek pembangunan dan proses pentabiran negeri tidak dapat diuruskan dengan licin,” katanya.
Menurut beliau, UMNO negeri sudah menggarap tujuh perkara utama bagi memastikan rakyat Kelantan benar-benar terbela sebaik sahaja mendapat mandat memerintah.
“UMNO akan merombak slogan ‘Membangun Bersama Islam’ kepada satu pendekatan yang lebih efektif berpaksikan Islam Hadhari.
“Ini perlu diubah kerana slogan sahaja dilihat gah tetapi pengisiannya tiada. UMNO akan memastikan program syiar Islam terus berkembang dan mengembalikan kegemilangan negeri ini sebagai serambi Mekah,” katanya.
Tambahnya, tujuh perkara itu ialah usaha menghapuskan imej kemiskinan, merakyatkan pembangunan negeri, menghapus kemiskinan rakyat, meningkatkan pelbagai sumber pendapatan negeri dan memperkayakan seni warisan budaya Kelantan.

1 comment: