Thursday, June 14, 2007

Fidah Oh Fedah !!!!!!!


Dikala orang lain , diminta patuh dan taat kepada kerajaan pilihan rakyat AAB. Inilah pula perangai sebahagian daripada Menteri Kabinet. Hari tu, dihebohkan berapa ramai menteri tidak bayar saman jalanraya
Ini adalah pendedahan berani oleh DPP Wilayah Persekutuan. Syabas, tengok perangai menteri, dan yang penting buat pilihan rakyat secara bijak, untuk mengajar menteri2 dan pasukan yang menteri ini wakili.
Kita, minta lantik Nuar Musa jadilah hero Tamil, kutip hutang kalangan puak-puak demo, bayar hutang deh!!!!!! Bukan sikit tuh..... Malu muka kat penoreh getah dan peneroka Felda, guana ni............

"Rafidah Aziz-Ratu AP Malaysia merupakan seorang Menteri yang amat sibuk. Kebanyakkan masa beliau dihabiskan diluar negara. Jumlah kehadiran beliau di Parlimen boleh di bilang dengan jari. Apa yang menarik sekarang adalah tentang Tunggakan bil telefon beliau yang berjumlah RM 10,291.17. Menurut seorang pegawai pengebilan di Telekom, bil tersebut masih belum berbayar sejak tahun 2005. Pihak kami telah menghubungi nombor tersebut iaitu 03-20958652 dan pembantu rumah beliau telah mengesahkan talian tersebut adalah digunakan di rumah Rafidah di Damansara.

Hairan juga, kerana dalam kesibukan beliau dan jarang berada dirumah, bil telefon secara puratanya dari bulan Oktober 2005 - Mei 2007 adalah berjumlah RM 450.00 bagi setiap bulan. Siapakah yang menggunakan telefon tersebut dirumah beliau. Jika inilah jumlah yang dinyatakan, ianya pasti bukan atas urusan rasmi atau urusan Kerajaan. Oleh itu beliau harus membayar segala bil yang digunakan bagi kepentingan peribadi atau yang digunakan oleh Keluarga beliau.

Kita sedia maklum bahawa beliau amat kaya, tetapi setiap bil beliau Kerajaan perlu tanggung. Seharusnya beliau membayar sendiri bil tersebut sebagai bukti keikhlasan sumbangannya pada rakyat dan tidak terlalu bergantung pada duit Kerajaan yang kini semakin dibebani dengan hutang.

Semoga beliau berani mengambil inisiatif untuk menjelaskan bil ini dengan duit sendiri, walaupun hakikatnya beliau adalah seorang yang amat Kedekut - pemudawilayah

No comments: